Wow! KLIA Top 10 Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia 2020!

VIRAL
March 15, 2021 - 06:00 PM


Siapa sangka, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kita berjaya disenaraikan diantara 10 lapangan terbang terbaik dunia! KLIA disenaraikan di dalam top 10 menerusi penyelidikan yang dijalankan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global bagi kategori melebihi 40 juta penumpang setahun pada 2020.

Kaji selidik tersebut dibuat dengan mengambil kira kepuasan keseluruhan penumpang yang merangkumi aspek keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan serta kebersihan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pencapaian itu adalah satu kejayaan kepada usaha dorang yang sentiada menambahbaik insfrastruktur serta perkhidmatan mereka, biarpun terjejad teruk akibat penularan pandemik Covid-19. 

Menurut mereka, jumlah penumpang masih rendah berikutan banyak sekatan perjalanan yang dijalankan sekarang, dan KLIA hanya mencatatkan 1.6 juta pergerakan penumpang pada Februari lepas. 

Tetapi, KLIA akan terus menjalankan projek-projek penting seperti pengubahsuaian kemudahan bilik air, pembentukan pasukan kecemerlangan operasi yang mengenal pasti serta mereka bentuk inisiatif penambahbaikan.

Mereka juga akan memperkenalkan ‘Exceptional People Practice Playbook’ -- buku garis panduan manual dwibahasa sebagai panduan untuk petugas di barisan hadapan berinteraksi dengan pelanggan mereka.

Sumber: Sinar Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah