Zoo Melaka Ditutup 5 Hari Akibat Covid, Bermula Hari Ini

VIRAL
February 10, 2022 - 04:41 PM


Zoo Melaka ditutup selama lima hari bermula hari ini ekoran seorang daripada penjaga haiwan di destinasi ikon pelancongan negeri itu dikesan positif COVID-19.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, penutupan itu bertujuan memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi di Zoo Melaka termasuk kemudahan di dalamnya antaranya kafe, pentas persembahan haiwan, kaunter tiket dan stesen trem, dapat dilakukan secara menyeluruh selama tiga hari bermula esok.

"Setakat ini hanya seorang kakitangan Zoo Melaka didapati positif dan jangkitan adalah daripada ahli keluarga tapi kita terpaksa menutup sementara zoo ini sebagai langkah awal untuk mengekang penularan COVID-19 sekali gus mengelak berlaku kluster baharu memandangkan kes positif COVID-19 di Melaka juga semakin meningkat.

Shadan berkata selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pembersihan kawasan zoo tersebut juga akan dijalankan sepanjang penutupan sementara itu sebagai persediaan menghadapi cuti sekolah yang akan bermula pada 26 Februari hingga 20 Mac ini.

Beliau berkata jumlah pengunjung ke Zoo Melaka dijangka terus meningkat sepanjang sesi cuti persekolahan berkenaan dan pihaknya perlu memastikan persediaan rapi daripada aspek prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal dapat dipatuhi.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah