Selamat Kembali Para Pelancong! Russia Buka Semula Sempadan Antarabangsa!
FEATUREDSelepas lebih dua tahun ditutup kerana peraturan sekatan COVID-19, sempadan Rusia kini terbuka untuk dilawati pelancong asing termasuk dari Malaysia.
Ia ditutup sejak sekian lama selepas kes COVID-19 meningkat mendadak sehingga kemuncaknya ia menjadi negara kedua di dunia catat kes tertinggi selepas Amerika Syarikat pada 2019.
Berita gembira itu diumumkan melalui satu status yang dimuat naik di laman Facebook (FB) rasmi Persekutuan Rusia di Malaysia, semalam.
Antara lain, status itu memaklumkan, soal kelonggaran larangan kemasukan semula pelancong Malaysia ke negara itu sudah dipersetujui dan prosedur memproses visa pelancong sudah bermula sejak bulan lepas.
Tambah status berkenaan, perkembangan terbaharu itu adalah selaras dengan pindaan yang dibuat pada 14 April 2022 terhadap Dekri Kerajaan Persekutuan Rusia Perkara 635-r bahawa ia tidak lagi mengenakan larangan masuk kepada warga antarabangsa.
"Dengan peraturan baharu itu, kedutaan meneruskan semula pemberian semua jenis visa buat rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melawat ke negara berkenaan,'' kata kenyataan itu lagi.
Laman FB itu turut menarik perhatian bahawa sehingga kini, tidak semua negara di dunia dibenarkan melawat Rusia, sebaliknya, tetap tertakluk kepada dekri di bawah Perkara 635-r.
Sementara itu, jurucakap di kedutaan Rusia di Malaysia memberitahu, disebabkan tidak lagi tertakluk kepada beberapa sekatan pergerakan berikutan COVID-19, urusan dan prosedur untuk memproses visa pelancong boleh dibuat sama ada menerusi janji temu atau secara 'walk-in'.
Sebelum ini, selepas dibenarkan masuk ke Rusia pada Oktober lepas, proses mendapatkan visa khususnya bagi pelajar Malaysia dibuat secara janji temu di mana pelajar perlu menghubungi kedutaan atau mengirim e-mel kepada konsul untuk mendapatkan tarikh janji temu seterusnya memohon visa kemasukan ke negara itu.
Peraturan itu, bagaimanapun, tidak terpakai kepada mereka yang memohon visa pelancong memandangkan negara sudah beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu.
"Bagaimanapun, pelancong yang mahu memohon visa untuk masuk ke Rusia dinasihat berhubung dengan petugas di kedutaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan masing-masing," kata jurucakap itu.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah