Stress Cuti Panjang Dah Habis? Tenangkan Diri Di Taman-Taman Yang Cantik Ni

TARIKAN
September 02, 2020 - 05:41 PM


Bila tengok orang update Facebook dan Instagram waktu weekend baru-baru ni bukan main ya masing-masing jalan sana sini. Tapi lain pula cerita hari ni. Dari semalam ramai je yang stress kena menghadap jem balik dan masuk kerja. Jangan la stress, balik kerja nanti korang boleh try pergi ke tempat-tempat ni okay? Confirm tenang je hati.korang nanti.

 

1. Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Taman yang sesuai kalau korang nak picnic bersama keluarga atau rakan-rakan. Pemandangan di sini agak unik kerana korang boleh nampak bangunan pencakar langit dari sini memberikan satu suasana berbeza dari taman-taman lain.

Aktiviti: Berbasikal, kayak, dan skate

Harga: Percuma

Waktu: 7 pagi hingga 7 malam setiap hari

 

2. Central Park, Setia Alam

Taman ni memang sangat luas untuk korang spend time dengan family dan buat macam-macam aktiviti. Ada juga court basketball untuk korang bersukan di sini. Overall, memang puas hati lagi-lagi waktu pagi

Aktiviti: Basketball, jogging, picnic

Harga: Percuma

Waktu: Dibuka 24 jam

 

3. Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong

Okay nature lovers, taman ni memang sesuai untuk korang. Dikelilingi oleh hutan rimba, lokasi ni memang banyak aktiviti yang korang boleh buat. Dan disebabkan korang dikelilingi pokok, otak korang akan rasa tenang seketika menghirup udara segar yang jauh dari asap kereta di bandar.

Aktiviti: Hiking, cycling, canopy walk, forest skywalk.

Harga: RM 1 untuk masuk ke FRIM. RM 5 untuk Canopy Walkway. RM 15 untuk Forest Skyway

Waktu: 6 pagi hingga 7 malam (Isnin hingga Jumaat)

 

4. Taman KLCC, Kuala Lumpur

Korang tak ada masa nak pergi jauh-jauh? Penat? Ni min bagi untuk korang yang duduk tengah bandar tu. Dia memang design nak complement bangunan KLCC tu sendiri. Jadi taman ni memang lawa dan rasa premium.

Aktiviti: Taman permainan kanak-kanak, wading pool, jogging

Harga: Percuma

Waktu: 7 pagi hingga 10 malam setiap hari

 

5. Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur

Ada banyak trail yang korang boleh lalu dekat sini. Takat nak tenangkan diri waktu weekend pun boleh je jalan-jalan atas laluan kanopi. Dan yang paling best lokasi ni memang lawa, boleh la update insta story korang tu.

Aktiviti: Taman permainan, lokasi camping, canopy walk

Harga: RM 10 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak

Waktu: 7 pagi hingga 6 petang setiap hari

 

Jadi kepada korang yang stress kena masuk kerja balik lagi-lagi untuk orang yang baru balik vacation tu jangan la stress-stress sangat. Ada banyak lagi cara nak tenangkan diri. Salah satunya adalah pergi ke kawasan-kawasan macam ni. Percayalah, bila korang spend masa untuk diri korang, diri tu akan rasa lebih tenang dan bahagia. Try buat okay? Have fun!

 

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah