Layak Piala Asia 2023, Final Piala AFF Suzuki 2020 – Ini KPI Baharu Tan Cheng Hoe
SUKANSebelum ini, status Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan menjadi teka -teki. Berjaya bawa pasukan Harimau Malaya ke pentas Final Piala AFF baru-baru ini adalah keputusan yang sangat positif.
Dalam satu sidang media di Wisma FAM semalam, FAM mengumumkan kontrak Tan Cheng Hoe dilanjutkan sehingga penghujung 2020 tetapi ada syaratnya. Tan Cheng Hoe perlu mencapai KPI (Key Performance Indicator) yang ditetapkan iaitu skuad kebangsaan perlu ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki tahun depan (2020) dan perlu layak ke kejohanan Piala Asia 2023.
Bekas pengendali pasukan Kedah ini ternyata tenang dan menyambut cabaran tersebut sambil keyakinan yang tinggi ditunjukkan terhadap barisan-barisan pemain yang ada sekarang ni, lagi-lagi pulak Liga Malaysia kini banyak muka-muka baru dan berbakat.
Dari segi teknikal dan fizikal, sudah tentu Tan Cheng Hoe berharap pemain-pemain yang ada perlu naikkan tahap permainan untuk merebut slot beraksi di peringkat tertinggi ini.
Difahamkan, ‘resipi’ yang sama semasa kempen Piala AFF baru-baru ini akan digunakan Tan Cheng Hoe untuk mencapat target yang ditetapkan oleh FAM.
Tan Cheng Hoe mengambil tugas selaku ketua jurulatih Harimau Malaya pada akhir 2017 untuk menggantikan Nelo Vignada yang mempunyai rekod yang kurang memuaskan sepanjang 2017.
Nampaknya, Tan Cheng Hoe dah kena mulakan langkah kenal pasti pemain yang layak untuk bermain dengan pasukan Malaysia untuk saingan Piala Asia, sebabnya saingan kelayakan Piala Asia 2023 akan bermula pertengahan tahun ini.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah