Ranking Pasukan ‘16 Tebaik’ Di UEFA Champions League
SUKANSaingan UEFA Champions League bakal memasuki fasa 16 pasukan terbaik minggu ini dan pagi Rabu dan Khamis nanti 8 pasukan akan memulakan pusingan pertama kempen fasa 16 terakhir ini.
Untuk minggu ini perlawanan UEFA Champions League ‘last 16’ akan dimulakan dengan perlawanan antara Manchester United melawan PSG, dan AS Roma menentang Porto pada 13 Februari jam 4 pagi waktu Malaysia.
Hari Khamis, 14 Februari akan menyaksikan Tottenham melawan Dortmund dan Ajax melawan Real Madrid waktu yang sama, 4 pagi waktu Malaysia.
Peminat pasukan yang berjaya lolos ke peringkat ini sudah semestinya menantikan perlawanan melibatkan pasukan masing-masing.
Sebelum tu, jom kita tengok ranking pasukan yang ada dalam kelompok 16 terbaik UEFA Champions League untuk saingan kali ini. Ranking ini ditentukan berdasarkan persembahan kelab berkenaan dalam 10 perlawanan terakhir di semua pertandingan yang disertai.
Ranking Pasukan 16 Terbaik Saingan UEFA Champions League
#16. Schalke 04
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Manchester City
Dalam saingan liga tempatan, Schalke berada pada kedudukan pasukan ke-14 terbaik dan persembahan yang kurang memberangsangkan.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 4 kali, Seri – 3, Kalah 3
Mata Ranking (Berdasarkan Keputusan 10 perlawanan) – 15 mata, Perbezaan Gol (GD) +2
#15. Atletico Madrid
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Juventus
Sentuhan magis Diego Simeone sangat diperlukan oleh Atleti kerana bertemu lawan yang sukar pada peringkat 16 terakhir ini. Atleti semestinya mahu ke Final dan ia akan menjadi lebih manis kerana pasukan Atleti menggunakan stadium yang baharu sekarang.
Walaubagaimanapun, persembahan Atleti tidak konsisten semenjak dua ini.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 5 kali, Seri – 3, Kalah 2
Mata Ranking : 18, GD +6
#14. Barcelona
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Lyon
Macam tak percaya Barcelona ada di tempat ke-14 tapi ini berdasarkan 10 perlawanan terakhir dan berkemungkinan besar 13 pasukan lain mempunyai rekod yang lebih bersih.
Messi berjaya menjaringkan 6 gol pada peringkat kumpulan dan Barcelona dijangka pergi jauh dengan rekod tanpa kalah dalam saingan Champions League kali ini.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 5 kali, Seri – 3, Kalah 2
Mata Ranking : 18, GD +12
#13. Lyon
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Barcelona
Kalau tak bertemu Barca, Lyon ternyata ada peluang cerah untuk ke peringkat lebih jauh. Atau, mungkin musim ini mereka mampu nak kejutkan Barca, siapa tahu.
Lyon berada dalam kumpulan sama dengan City dan berjaya ke peringkat 16 terakhir. Dengan kualiti pemain seperti Ferland Mendy dan Ndombele, mungkin Lyon akan memberikan masalah kepada Barca.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 6 kali, Seri – 2, Kalah 2
Mata Ranking : 20, GD +6
#12. AS Roma
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Porto
Dari awal tahun, AS Roma mempunyai keputusan yang naik turun, berjaya come-back dari ketinggalan 0-3 untuk seri 3-3, tewas di tangan Fiorentina 7-1 dalam saingan Copa Italia. Dalam peringkat kumpulam, Roma hanya mendapat 3 kemenangan.
Ramai mengatakan, Roma akan tewas kepada Porto.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 6 kali, Seri – 2, Kalah 2
Mata Ranking : 20, GD +6 (beza jumlah jaringan daripada Lyon)
#11. Liverpool
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Bayern Munich
Liverpool dalam landasan terbaik untuk menjuarai Premier League buat pertama kali sejak 1990 dan berkemungkinan besar, mereka akan memfokuskan kejuaraan liga domestik tersebut.
Namun, ada potensi untuk pergi jauh jugak Liverpool ni dalam saingan UEFA Champions League ni. Menentang Bayern, sudah tentu kedua-duanya akan pamerkan perlawanan yang menarik.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 6 kali, Seri – 2, Kalah 2
Mata Ranking : 20, GD +13
#10. Ajax
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Real Madrid
Ajax sekarang ini dibarisi pemain-pemain muda yang sangat berpotensi. Berdepan lawan yang sangat sukar, Real Madrid ternyata satu level yang lain atas kertas.
Namun perlawanan belum bermula, apa-apa sahaja boleh terjadi. Tak mustahil Ajax berjaya untuk seri pada pusingan pertama.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 6 kali, Seri – 2, Kalah 2
Mata Ranking : 20, GD +16
#9. Porto
Lawan Peringkat 16 Terakhir : As Roma
Porto melangkah ke saingan 16 pasukan terbaik selaku pasukan yang mempunyai persembahan terbaik pada peringkat kumpulan. Di liga domestik, Porto sedang gah di tahta liga dan berdepan AS Roma nanti, tiada apa yang perlu mereka risaukan.
Cuma kalau lolos ke suku akhir, mungkin agak sukar.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 6 kali, Seri – 3, Kalah 1
Mata Ranking : 21, GD +9
#8. Tottenham Hotspur
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Borrusia Dortmund
Spurs berada dalam prestasi terbaik musim ini. Namun faktor kecederaan pemain utama mereka mungkin menyebabkan peminat mereka ‘putus harapan’ dalam saingan peringkat Eropah ini.
Ketiadaan Dele Alli dan Harry kane, Spurs mungkin boleh memberikan saingan kepada Dortmund, namun ada pendapat mereka akan mengejar kejuaraan EPL.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 6 kali, Seri – 3, Kalah 1
Mata Ranking : 21, GD +12
#7. Borussia Dortmund
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Tottenham Hotspur
Dengan adanya Jadon Sancho dan Paco Alcacer, Dortmund merupakan pasukan yang sangat mengagumkan musim ini di Eropah. Teknik serangan yang pantas dan rumit, pemain pertahanan Spurs dijangka mendapat ‘mimpi ngeri’.
Kalau nak diikutkan kedudukan terkini semua pasukan dan laluan selepas ini, Dortmund dijangka ke peringkat separuh akhir.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 6 kali, Seri – 3, Kalah 1
Mata Ranking : 22, GD +9
#6. Juventus
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Atletico Madrid
Adanya Cristiano Ronaldo, Juventus meletakkan target untuk menjulang trofi Champions League musim ini. Agak lama Juventus kemarau sebarang kejuaraan di peringkat Eropah ni sebenarnya.
Berdepan dengan Atleti nanti, Juve perlu menang dengan bergaya lah.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 7 kali, Seri – 2, Kalah 1
Mata Ranking : 23, GD +9
#5. Paris Saint – Germain
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Manchester United
Semasa undian dijalankan, ada yang dah ‘troll’ Manchester United sambil ucapkan tahniah kepada PSG kerana layak ke peringkat seterusnya, tetapi selepas itu… Keputusan kedua-dua pasukan berubah 180 darjah.
Berdepan United, PSG yang nampak berpotensi menang diatas kertas kini berdepan misi sukar, Neymar dan Cavani pasti tidak dapat diturunkan kerana kecederaan sambil Veratti yang tidak cergas menyukarkan keadaan untuk PSG.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 8 kali, Seri – 0, Kalah 2
Mata Ranking : 24, GD +24
#4. Real Madrid
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Ajax
Walaupun ketinggalan 6 mata dalam saingan La Liga, Real Madrid jarang mengecewakan dalam saingan Champions League.
Tapi, musim ini Real tanpa Ronaldo, tanpa Zidane, mungkin prestasi mereka tak akan sama musim ni dalam peringkat 16 terakhir ni.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 8 kali, Seri – 1, Kalah 1
Mata Ranking : 25, GD +16
#3. Bayern Munich
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Liverpool
Bayern dikhabarkan dalam situasi ‘biasa’ pada peringkat domestik dan berada di belakang Dortmund.
Namun, di kejohanan peringkat Eropah, Bayern mempunyai sedikit kelebihan dengan adanya mesin gol; Robert Lewandowski. Liverpool dijangkan tak akan berikan laluan mudah,dan berkemungkinan Bayern akan mempunyai masalah di bahagian pertahanan nanti.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 8 kali, Seri – 1, Kalah 1
Mata Ranking : 25, GD +17
#2. Manchester City
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Schalke
Keduydukan City dalam saingan liga Eropah ni agak goyah kalau nak dibandingkan kejayaan mereka dalam saingan liga Domestik. Dua musim pertama Pep Guardiola di City, City gagal untuk pergi jauh.
Tahun 2019, mungkin membawa tuah kepada City. Ketepikan Schalke, City dah boleh mengorak langkah lebih jauh untuk saingan Champions League 18/19 ni.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 9 kali, Seri – 0, Kalah 1
Mata Ranking : 27, GD +37
#1. Manchester United
Lawan Peringkat 16 Terakhir : Paris Saint – Germain
Macam tak percaya United berada pada ranking pertama, tapi kena faham. Ia berdasarkan 10 perlawanan terakhir setiap pasukan. Tak dapat dinafikan, United tak kalah lagi sejak Ole Gunnar Solskjaer ambil alih.
Dua bulan lepas, dibawah pengurus lama, United menjadi bahan jenaka. Ada yang dah wish tahniah awal-awal pada PSG. Solskjaer berjaya mengeluarkan potensi sebenar Pogba dan Rashford. Selain corak permainan mereka yang menggunakan pemain sebaiknya, walaipun berdepan PSG yang merupakan pasukan pilihan, United dijangka menang kerana PSG dalam kemelut kecederaan dan United berada dalam ‘form’ terbaik.
Rekod 10 perlawanan terakhir : Menang – 9 kali, Seri – 1, Kalah 0
Mata Ranking : 28, GD +16
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah