5 Tempat Menarik Dan Super Kool di Selangor Untuk Dilawati Musim Pandemik
TARIKANSeptember 21, 2021 - 02:20 PM
Sejak di umumkan kita boleh rentas daerah untuk bercuti, rata-rata tempat di Selangor dipenuhi dengan juataan manusia yang nampaknya terlalu ghairah untuk lepaskan nafsu bercuti. Daripada celah bukit hingga ke kawasan hutan air terjun, semuanya dibanjiri oleh manusia.
Keadaan ini membuatkan sesetengah orang terasa keselamatan bagaikan berada di hujung tanduk di sebabkan SOP yang agak sukar untuk dipatuhi sekiranya sesuatu kawasan itu terlalu padat dengan pengunjung. Jadi ramai jugaa antara kita yang mengambil keputusan untuk menunggu sehingga keghairahan orang ramai melancong sedikit reda.
Namun, bagi mereka yang msih lagi risau untuk keluar melancong, kami sediakan 5 tempat yang masih lagi menawarkan pemaandangan yang hebat tapi tidak sesak.
1. Sawah Padi Sekinchan
Sawah Padi Sekinchan adalah salah satu lokasi yang boleh anda teroka bersama keluarga sekiranya ingin mencuci mata melihat pemandangan yang luas dan juga untuk bergambar dengan sepuas hati.
Waktu yang terbaik untuk melihat suasana di kawasan sawah padi ini adalah dalam sekitar bulan April atau November ketika padi sudah mula menguning. Pemandangan pada waktu ini cukup indah kerana warnanya yang keemasan.
Selain itu, anda juga boleh singgah ke kilang beras iaitu Kilang Beras Rakyat Sekinchan yang terletak di Jalan Tali Air 5. Di sini anda boleh melihat video tentang bagaimana padi disemai, ditanam, dituai dan diproses sehingga menjadi beras. Setelah itu, anda boleh melihat pameran peralatan yang digunakan dalam proses pembuatan beras dan juga pelbagai lagi pameran dan maklumat berkaitan padi dan beras yang lain.
Di tingkat bawah kilang ni terdapat kedai jualan beras dan banyak lagi produk berasaskan beras yang lain seperti keropok, sabun dan juga mihun. Nak lihat keadaan di dalam kilang pemprosesan beras ni sendiri? Caj yang dikenakan cukup rendah. Apa salahnya bayar sikit untuk mendapat peluang yang datang sekali-sekala ni kan?
Alamat: 45400 Sekinchan, Selangor
2. Paya Indah Wetlands
Paya Indah Wetlands merupakan kawasan tanah lembab buatan manusia yang terhasil selepas dijadikan kawasan perlombongan bijih timah. Penggalian tanah dari perlombongan ini menghasilkan tasik yang kini menjadi habitat bagi pelbagai jenis ikan, tumbuh-tumbuhan seperti teratai dan juga haiwan seperti badak air dan buaya.
Kalau anda ke sini, anda dapat melakukan beberapa aktiviti menarik seperti menikmati pemandangan daripada menara pemerhati yang memberikan anda pemandangan 360 darjah kawasan sekitar.
Selain itu, dengan pokok-pokok yang tumbuh meliar di kawasan hutan sekitarnya, ia menarik perhatian banyak spesis burung, dianggarkan terdapat dalam 213 jenis burung yang menjadikan Paya Indah Wetlands sebagai habitat mereka, ini menjadikan aktiviti memerhati burung agak seronok untuk dilakukan di sini.
Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga adalah berbasikal, berkayak, memancing dan memberi makan kepada badak-badak air dan buaya yang terdapat di tasik ini.
Alamat: Paya Indah Wetlands, Jabatan Perhilitan, Km 4, Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (7.30am – 7.00pm) | Jumaat (Tutup dari 12.15pm – 2.45pm)
3. Kepong Metropolitan Park
Taman Metropolitan Kepong ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dengan aktiviti bermain layang-layang dan juga berjogging.
Taman yang berkeluasan 95 hektar ini turut lengkap dengan kemudahan lain seperti trek basikal, padang bola sepak, menara pemerhatian, trek kereta kawalan, pondok-pondok santai dan taman permainan. Bagi anda yang kaki memancing pula, anda dibenarkan memancing di tasik seluas 57 hektar di taman ini.
Bercakap tentang permainan layang-layang yang terkenal di sini, kalau anda datang pada hujung minggu, anda dapat melihat bermacam jenis layang-layang diterbangkan di awan, dari yang kecil sehinggalah yang bersaiz besar sehingga 30 kaki dalam pelbagai warna. Satu pemandangan yang menarik untuk dilihat sambil menenangkan fikiran di sini.
Alamat: Kepong Metropolitan Park, Jalan Lingkaran Tengah, Kuala Lumpur, 52100
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 8.00pm)
4. Pulau Ketam
Pulau ini terletak di Sungai Klang yang berdekatan dengan kawasan pelabuhan. Mesti anda skeptikal kan dengan kedudukannya di kawasan yang terkenal dengan perindustriannya ni, kata orang, tak kenal maka tak cinta, jom pergi dulu ke sini, lihat sendiri betapa harmoninya perkampungan nelayan masyarakat Cina yang sudah bermula sejak tahun 1880 lagi.
Dari kawasan darat anda perlu menaiki feri yang akan melalui kawasan bakau sebelum sampai ke pulau ini. Setibanya di Pulau Ketam, anda akan dapat menyaksikan sendiri masyarakat-masyarakat di pulau ini yang menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama, ibarat menjejakkan kaki ke zaman klasik pula rasanya.
Tiada kereta langsung yang dapat dilihat di sini. Selain itu, anda dapat melihat masyarakat kampung yang sedang membaiki jala, memproses udang dan bermacam lagi yang tak dapat dilihat di kota. Satu pengalaman yang unik untuk dirasai bersama keluarga.
Alamat: Pulau Ketam, Selangor
5. Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Selain Kuala Selangor Fireflies, anda juga boleh ‘memasuki’ dunia magikal dikelilingi oleh cahaya kelip-kelip di Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Di sini terdapat hampir 30 buah sampan yang disediakan untuk dinaiki para pengunjung bagi menyelusuri sungai dan menyaksikan keindahan kelip-kelip berterbangan dengan limpahan cahaya pada badannya. Pengalamannya seperti berada di langit malam dengan cahaya bintang yang dekat.
Kalau anda nak tahu, di sekitar kawasan sungai ini terdapat sejenis pokok yang penting kepada kelip-kelip sebagai sumber makanan mereka iaitu pokok berembang. Pokok ini juga menjadi habitat mereka dan berfungsi sebagai penapis racun dan kotoran yang membantu menyalurkan air yang bersih ke kawasan sungai.
Alamat: Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.30 pm – 10.30 pm)
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah