Aerobar Pertama Di Asia Tenggara, Jom Cuba Di Discovery Park Gamuda Cove!

TARIKAN
October 07, 2020 - 02:30 PM


Korang mesti pernah tengok beberapa video yang menunjukkan orang makan di atas udara menggunakan kren atau belon udara panas kan? Kali ni korang dah tak perlu nak ke luar negara lagi, boleh pergi di Selangor je. Aerobar di Discovery Park Gamuda Cove ni merupakan Aerobar yang pertama di Asia Tenggara tau.

Discovery Park ni dibuka pada awal tahun ini pada bulan Januari 2020, terdapat pelbagai aktiviti menarik di sini seperti cycling, Blastacars, dan rope course. Tapi apa yang menarik minat orang ramai adalah Aerobar yang ada di sini yamg boleh memuatkan sehingga 15 orang dan pemandangan sunset yang tak boleh dilupakan. Kami suggest pergi waktu senja, memang sangat cantik.

Ia menggunakan konsep “food-tainment” atau hiburan makanan yang bermaksud makan sambil berhibur. Aerobar akan membawa anda setinggi 35 meter dan sambil makan korang boleh menikmati pemandangan cantik di sekeliling korang.

Kalau boleh bawa la pasangan korang pergi sini, ini kerana lokasi ni memang sangat romantic dan cantik. Pasti pasangan korang akan hargai effort yang korang berikan. Dan yang paling penting sekali, tak mahal pun nak naik dan makan di atas. Sekarang ni tengah ada promo dan korang hanya perlu bayar RM 15 je tau! Harga asal RM 65 okay.

Jadi korang jangan la tunggu lama-lama untuk pergi sini, gunakan promo tu dan enjoy your view.

Alamat: Persiaran Cove Sentral, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor

Waktu Operasi: Rabu hingga Isnin (Selasa Tutup) - 11 pagi hingga 8 malam 

Untuk apa apa- persoalan korang boleh pergi ke laman rasmi atau social media mereka di bawah:

Laman Web ǀ Facebook ǀ Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah