Air Terjun Lata Penyel – Lokasi Yang Patut Ada Dalam Bucket List Travel Korang

TARIKAN
October 13, 2020 - 06:09 PM


Tak ramai orang yang tahu mengenai kewujudan Lata Penyel. Ianya terletak dalam kawasan Sungai Siput dan berdekatan dengan penempatan Orang Asli Pos Yum. Untuk datang ke sini mudah sahaja, korang cuma perlu mengambil masa selama 30 minit sahaja dari Masjid Kampung Bawong.

Setibanya di lokasi, korang perlu membayar duit parking untuk motor dan kereta. Murah je nak masuk dalam ni. Dan korang kena bawa tuala, sabun, dan shampoo yang korang nak gunakan kerana di kawasan ini tiada kedai runcit ya. Dah sampai tu korang perlu mendaki selama 15 minit. Jangan risau, kalan ni tak susah pun.

Sepanjang pendakian korang akan dihidangkan dengan pemandangan pokok koko dengan buahnya. Dan pendakian ke atas akan ditandakan oleh riben yang berwarna merah dan putih agar korang tidak sesat nanti. Setibanya di atas, korang akan berjumpa dengan chalet-chalet buluh dan kayu yang dibina di sini.

Tapi apa yang menjadi tarikan terletak disebalik chalet tersebut. Memang sangat cantik air terjun ni. Korang boleh duduk di pondok tersebut dan menikmati bekalan makanan yang dibawa. Sambil-sambil tu jangan lupa snap gambar untuk masuk ke Instagram.

Jadi lepas ni kalau korang berjalan-jalan di Perak jangan lupa singgah ya di sini. Memang wajib pergi. Nak bermalam pun boleh juga. Ada penginapan yang disediakan dari harga RM60 hingga RM150. Enjoy!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah