Benda Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Menjejakkan Kaki Di Pulau Jerejak
TARIKANOctober 07, 2020 - 05:49 PM
Pulau Jerejak satu ketika dahulu lebih dikenali sebagai ‘Alcatraz’ Malaysia. Ini kerana pulau ini pernah dijadikan lokasi pengasingan bagi penyakit TB dan penempatan tahanan perang. Namun begitu, pada tahun 2018, syarikat Jerejak Island Resort telah membangunkan semula pulau ini dengan meletakkan pelbagai tarikan buat pelancong sekaligus menghidupkan semula pulau ini.
Cara Nak Pergi Ke Pulau Jerejak
Mudah je nak sampai ke pulau ni, korang cuma perlu naik feri dari Jeti Pulau Pinang yang memakan masa selama 10 minit je. Bila korang nampak hiasan berwarna warni tu maknanya korang dah sampai lah.
Harga pun agak murah pada Rm22 seorang atau RM20 jika korang beli tiket secara online. Dah sampai di pulau ni, korang boleh pilih untuk berjalan kaki atau menyewa motorsikal dan basikal.
Apa Yang Ada Di Pulau Jerejak Ni?
Terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh buat di Pulau Jerejak ni, daripada aktiviti santai ke aktiviti riadah.
1) Cycling & Jungle Trekking
Walaupun tarikan utama pulau ini adalah untuk mengambil gambar-gambar unik dan cantik, korang juga boleh menyewa basikal pada harga RM15 (1 jam). Bukan tu je, malah korang juga boleh jungle trekking dengan guide yang disediakan pada harga RM20. Memang sangat cantik pemandangan di Pulau ni, rugi la kalau datang sekadar nak bergambar je.
2) Rainbow Pier
Setibanya korang di Pulau Jerejak ni, korang akan jejakkan kaki di jeti yang berwarna-warni. Kalau ambil gambar dan masuk Instagram, mesti followers korang nak tahu kat mana lokasi gambar ni diambil. Tapi ingat, make sure semua orang dah turun dari feri dulu. Jangan halang laluan orang lain, lagipun gambar akan nampak lagi cantik kalau tiada orang photobomb di belakang.
3) Stairway To Heaven
Satu lagi lokasi bergambar yang diletakkan di tepi pantai bagi menarik pelancong. Dan gambar yang diambil memang nampak cantik dan seolah-olah tangga ni memang akan bawa korang pergi ke awan (kena adjust sikit angle kamera tu). Tangkap gambar puas-puas di sini dan boleh pergi bergambar ke lokasi seterusnya.
4) Hiasan Warna Warni
Terdapat pelbagai hiasan yang dipasang di Pulau Jerejak dan salah satunya adalah hiasan paying berwarna warni. Bukan tu je, ada juga buaian cantik di tepi pantai dihiasi dengan perkataan Jerejak Beach. Kalau nak lagi romantik dengan pasangan korang, boleh pergi ke buaian yang diletakkan di atas stage dan dihias seolah-olah menyerupai pelamin pengantin, memang sangat cantik.
Dan korang juga boleh bergambar di ‘hammock’ sarang burung. Biasanya hammock sebegini hanya ada di pantai luar negara je seperti Bali. Tapi kali ni di Malaysia pun ada juga. Cayalah.
5) Jerejak Island Resort LED Garden
Dah puas dan penat bergambar, apa kata korang berehat di LED Garden ni, memang dihias cantik seolah-olah korang berada di dunia filem Avatar. Boleh bergambar dan berjalan-jalan dalam ni. Tapi kalau boleh bawa la pasangan korang, mesti mereka teruja dengan suasana romantik sebegini.
Jom Pergi Ke Pulau Jerejak
Jadi korang dah tahu semua benda kan pasal pulau ni, sekarang korang dah boleh datang sini. Pasal SOP jangan risau, memang penjagaannya sangat ketat. Korang kena sentiasa pakai mask, ambil suhu badan, dan pakai sanitizer. Jangan lupa jaga penjarakan social okay? Have fun!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah