Kg Pesang Begu, Padawan - Port Baru Kat Sarawak Kalau Korang Nak Tengok Rafflesia

TARIKAN
October 13, 2020 - 10:59 AM


Siapa antara korang yang dah lama teringin dan memasang impian untuk melihat dengan mata sendiri betapa kembang dan cantiknya bunga terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia?

Jika ya, mungkin korang boleh berkunjung ke sebuah lokasi baharu yang menjadi habitat bunga tersebut yang terletak di Kampung Pesang Begu, Padawan di Kuching, Sarawak!

Destinasi yang dipercayai mempunyai tujuh akar ‘tetra stigma’ iaitu di mana bunga Rafflesia tumbuh itu juga bakal menjadi pusat tarikan pelancong serta dinaiktaraf sebagai Taman Eko Rafflesia.

Dari bandar raya Kuching, jarak perjalanan ke kawasan tersebut hanya 60 kilometer dengan anggaran tempoh pemanduan selama 45 minit, kemudian dengan berjalan kaki dari jalan utama menuju ke lokasi hanya 3 minit.

Selain berpeluang melihat secara dekat bunga Rafflesia yang menjadi kebanggaan serta ikonik Bumi Kenyalang -- taman tersebut juga kaya dengan khazanah keindahan alam semulajadi seperti gua, gunung-ganang dan hutan yang berbaloi untuk diterokai oleh pengunjung.

Malah, kedudukannya yang terletak berhampiran dengan lokasi pelancongan lain di sekitar Padawan -- seperti Kolam Air Panas di Kampung Annah Rais dan pusat peranginan Puncak Borneo juga dipercayai mampu merancakkan aktiviti melihat bunga Rafflesia kepada pelancong luar.

Kampung Pesang Begu merupakan lokasi kedua habitat bunga Rafflesia yang dikenal pasti di daerah Padawan, selain di Kampung Temurang.

Jangan risau jika nanti korang melawat kawasan habitat bunga Rafflesia di Kampung Pesang Begu -- pelbagai kemudahan baharu seperti laluan pejalan kaki, tandas awam dan sebagainya akan dibina demi keselesaan pengunjung.

TAPAK RAFFLESIA, KAMPUNG PESANG BEGU, PADAWAN

Waktu Operasi: 9 Pagi - 5 Petang

Tiket Masuk: RM5 (Dewasa) & RM3 (Kanak-Kanak)

Jarak: 5 Minit Dari Pintu Masuk

Sumber: The Borneo Post & Kredit Gambar: Twitter Aizaharwani_MJ

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah