Korang Penjejak Awan Karpet? Jom Hiking Bukit Senorang Ni!
TARIKANMarch 21, 2022 - 01:10 PM
Kalau korang kaki hiking dan penjejak awan karpet, ini ada satu lokasi best yang korang kena cuba!
Lokasinya adalah di Bukit Senorang, Kemayan, Bera, Pahang.
Bagi korang yang dari Kuala Lumpur, Bukit Senorang ini hanya mengambil masa pemanduan sekitar 2 jam atau berjarak hanya 137 kilometer dari Tol Gombak.
Siapa sangka, Bukit Senorang yang dulu hanya dikenali sebagai kawasan kebun penduduk tempatan kini menjadi salah satu produk pelancongan di Bera, Pahang.
Untuk tiba di puncak Bukit Senorang, korang hanya memerlukan masa antara 45 minit ke satu jam bergantung kepada keupayaan masing-masing.
Jika bernasib baik, mereka yang berkunjung ke sini boleh menikmati keindahan awan karpet.
Difahamkan kalau hujan hari sebelumnya, pagi esok boleh tengok awan karpet. Itulah keunikan Bukit Senorang.
Aktiviti mendaki Bukit Senorang setinggi 315 meter ini boleh dijadikan aktiviti riadah hujung minggu buat keluarga sambil menikmati keindahan panorama dari puncaknya yang sungguh menakjubkan!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah