Lawat Menara Eiffel Pada Pukul 1 Pagi Untuk Lihat Sesuatu Yang Menakjubkan!
TARIKANSetiap pasangan suami isteri atau yang sedang bercinta pastinya mengimpikan percutian romantis ke Paris, Perancis terutama bagi mengabadikan kenangan dan momen manis di hadapan Menara Eiffel.
Sekiranya berpeluang melancong ke Kota Cinta itu, korang jangan lepaskan peluang bagi menyaksikan sendiri persembahan lampu yang menakjubkan di ikon Paris itu tepat pada pukul 1 pagi.
Ini kerana selepas matahari terbenam, 20, 000 cahaya lampu akan dinyalakan dengan pelbagai jenis persembahan menarik yang telah menawan lebih 7 juta pelancong setiap tahun ke Menara Eiffel.
Tepat pada pukul 1 pagi, kemuncak persembahan selama 5 minit bakal membuatkan korang terpesona apabila lampu utama menara dimatikan dan hanya pancaran cahaya indah menghiasi langit gelap Paris.
Ramai yang telah menyaksikannya menyifatkan keindahan 'menara cinta' itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Meskpiun biasanya ramai yang memilih untuk melawat Menara Eiffel pada waktu siang, apa kata kali ini korang cuba pula pengalaman ke sana pada waktu tengah malam bagi mencipta memori yang takkan dapat korang lupakan seumur hidup.
Namun bagi yang masih belum berkemampuan ke sana, apa kata korang enjoy dulu video keindahan Menara Eiffel ini pada pukul 1 pagi, yang telah dikongsikan oleh ramai pelancong di media sosial.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah