Ketahui 5 Etika Ini Sebelum 'Check-Out' Bilik Hotel
TRAVELJuly 17, 2020 - 04:05 PM
Setiap kali kita melancong atau bercuti ke tempat orang, pastinya kita akan menempah bilik di beberapa jenis penginapan seperti hotel, homestay, asrama, chalet, villa dan sebagainya.
Walaupun mungkin berbeza suasana, persekitaran dan kemudahan --- kesemua tempat penginapan ini sebenarnya ada etika yang perlu kita ketahui sebagai seorang tetamu.
Adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa etika yang perlu anda patuhi sebelum mendaftar keluar atau check-out?
Menurut laman Travel and Leisure, berikut adalah etika sebelum keluar dari bilik hotel yang dapat memudahkan pelayan hotel untuk membersihkan atau merapikan kamar yang telah dihuni oleh anda.
1. TUALA & KAIN
Sebelum meninggalkan bilik hotel, sebaiknya anda kumpulkan semua tuala, kain kecil atau jubah mandi yang telah dipakai pada suatu tempat atau di atas lantai yang kering.
Cara ini memudahkan pelayan hotel untuk mengutip kain-kain tersebut sebelum mencucinya. Jangan longgokkan kain atau tuala basah yang telah digunakan di atas kerusi atau katil.
2. PEMBERSIHAN SECUKUPNYA
Lakukan beberapa langkah pembersihan ringan, misalnya lap meja bar jika ada teh atau kopi yang tumpah.
Begitu juga jika anda perempuan yang mempunyai rambut gugur ketika mandi di bilik air, pastikan gumpalan rambut yang gugur dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah.
Tidak ada salahnya melakukan hal sekecil itu jika ia mampu membantu pelayan hotel dalam membersihkan bilik berkenaan untuk tetamu lain.
3. PERHATIKAN TANDA "JANGAN GANGGU"
Jangan abaikan tanda Do Not Disturb atau DND. Sebelum meninggalkan bilik hotel, perhatikan apakah tanda itu tergantung di pintu bilik ataupun tidak.
Cara ini juga membantu pelayan hotel untuk mengetahui bahawa bilik yang anda huni itu perlu dibersihkan ataupun tidak.
4. BUANG SAMPAH
Di manapun berada, buanglah sampah pada tempatnya. Termasuk di bilik hotel. Jangan biarkan bungkusan makanan berselerak di mana-mana.
5. LETAKKAN SEMULA BARANGAN KE TEMPAT ASALNYA
Salah satu barangan yang paling kerap berpindah tempat adalah remote control TV dan juga kerusi.
Jadi, tiada salahnya mengembalikan barang-barang tadi ke tempat asalnya seperti ketika anda masuk buat kali pertama di dalam bilik tersebut.
Lebih elok juga sekiranya sebelum meninggalkan bilik, anda membuka tirai langsir supaya cahaya matahari masuk ke bilik berkenaan.
Sumber: Travel & Leisure
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah