SKS AIRWAYS Kini Menawarkan Penerbangan Dari Subang Ke Pulau Pangkor Atau Pulau Redang

TRAVEL
January 10, 2022 - 11:09 AM


Bagi yang ingin ke Pulau Pangkor atau Pulau Redang, kini korang boleh jimatkan masa perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan SKS AIRWAYS. Syarikat tersebut akan memulakan penerbangannya bermula 26 Januari ini dan untuk pengetahuan korang, ia merupakan sebuah syarikat baharu di Malaysia. 

Buat masa ini, SKS AIRWAYS menawarkan dua destinasi penerbangan, iaitu:

  • Subang-Pulau Pangkor-Subang
  • Subang-Pulau Redang-Subang

Menurut perkongsian pemilik Facebook Imran Idris, penerbangan ke Pulau Pangkor dijadualkan bermula 26 Januari ini, manakala Pulau Pangkor bermula 31 Januari.

Dengan adanya kemudahan ini, orang ramai tidak perlu lagi bersusah payah menaiki bot untuk ke pulau-pulau tersebut. 

Sumber: Pandulaju.com

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah