Nak Cuba Urutan Badan Guna Pisau? Mai Pi Penang!
VIRALApril 15, 2019 - 11:15 AM
Kalau korang melancong ke Thailand atau Indonesia, antara aktiviti wajib yang dilakukan mesti mendapatkan khidmat urutan badan tradisional mereka, kan?
Selain harganya lebih murah, urutan tradisional Thai atau Indonesia yang biasanya menggunakan urutan tangan sememangnya sesuatu yang amat melegakan untuk menghilangkan kepenatan selepas berjalan-jalan sepanjang percutian di sana.
Tapi korang jangan tak tahu dekat negara kita sendiri ada urutan badan yang lebih power tau, siap guna pisau! Haaa…ngeri kan dengar? Ada berani nak cuba?
Di ‘Occupy Beach Street’, Georgetown, Pulau Pinang ada sebuah NGO yang dikenali sebagai World Public Welfare Association telah membuka ruang baharu dalam teknik urutan apabila menggunakan objek tersebut untuk mengurut.
Memetik BERNAMA, salah seorang sukarelawan, Ong Chong Jin, 64 tahun, memaklumkan pertubuhan tersebut telah mengamalkan teknik urutan menggunakan dua bilah pisau sejak tahun 2015 lagi.
Teknik tradisional ini berasal dari China dan telah ada sejak perang dunia lagi. Namun, ia mula dilupakan tetapi muncul kembali di Jepun.
Bagaimanapun, orang Taiwan telah pergi ke Jepun untuk belajar ilmu urut berkenaan dan sukarelawan NGO itu pula ke Taiwan bagi menuntut ilmu khas tersebut di mana Taiwan secara rasmi mengiktirafnya sebagai satu teknik.
Penggunaan pisau istimewa yang tidak tajam, sangat sesuai untuk mengurut bahagian belakang, bahu, kepala dan juga kaki.
Pisau bersifat keras dan tajam berbanding mengurut menggunakan tangan. Jadi, ia dapat menyerap dan memindahkan daya daripada tukang urut kepada pesakit dengan lebih baik.
Selain Ong, 20 orang lagi sukarelawan turut terlibat sebagai tukang urut dan mereka semuanya telah dilatih sebelum mempraktikkannya kepada orang ramai.
Meskipun pada mulanya ramai yang takut dengan jenis urutan tersebut, namun setelah mereka mencuba selama 10 minit, mereka dapati urutan menggunakan pisau ini amat melegakan.
Jadi tak hairanlah jika hampir 20 hingga 30 orang mendapat khidmat urutan itu setiap hari.
Kalau korang berminat dan berani nak cuba urutan ini, boleh ke Occupy Beach Street, Penang ini tapi mereka hanya beroperasi setiap hari Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja.
Korang juga boleh cari khidmat urut ini di Lebuh Acheh atau Sungai Petani, Kedah yang dibuka pada setiap hari.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah urutan bahu, belakang badan, kaki, kepala dan urutan seluruh badan yang berharga antara RM13 hingga RM88 dengan tempoh masa antara 10 minit ke satu jam.
Sumber: BERNAMA
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah