Wanita Ini Kongsi Tip Pengangkutan Untuk Buat Umrah Secara DIY
VIRALSalam. Saya nak share choice transportation untuk #UmrahDIY. Alhamdulillah saya dan suami baru balik umrah last week.
Tips umrah DIY mesti dah ramai tau. Ni nak share part transportation kat sana, banyak sudah upgrade.
Untuk transportation di sana, ada banyak pilihan sama ada guna kereta, bas awam, coaster (jika ramai) atau high speed train.
1) Untuk Jeddah ke Madinah kami guna Haramain High Speed Train (130 riyal seorang). Jimat masa sebab hanya 2 jam (biasa bas 6 jam).
>>> Route sekarang Makkah - Jeddah - Madinah, ke airport Jeddah belum siap
Satu lagi reason sebab kami hanya 2 orang, lebih jimat dan rasa lebih secure guna pengangkutan awam, elak kena ketuk.
Dari airport ke stesen high speed train (Jeddah Central Station) 30 minit, 90 riyal. Kami guna Careem Apps. Macam Grab, boleh download apps. Atau nak ambil teksi Ujrah pun boleh.
Booking tiket high speed train secara online lebih awal. Masa kami nak buat booking, website problem tak dapat buat pembayaran. Jadi kami minta tolong kawan di Saudi booking tiket. (www.hhr.sa)
Buat masa ni high speed train hanya beroperasi hari Khamis - Ahad.
>>> Setau kami jika sewa kereta, around 600 riyal Jeddah - Madinah / Madinah - Makkah.
2) Untuk Madinah ke Makkah kami ambil SAPTCO VIP Express (110 riyal seorang). Bas yang super selesa, disediakan snack dan minuman. Pemanduan berhemah dan ada entertainment screen. Kami booking online (www.saptco.com.sa).
Boleh juga beli secara manual, office dekat Crowne Plaza Hotel Madinah (Gate 6)
Awalnya kami beli bas Saptco biasa (68 riyal). Kemudian upgrade VIP untuk lebih selesa. Jadi terpulang ikut bajet anda.
(Hari Isnin High Speed Train tak beroperasi. Sebab tu kami naik bas)
3) Nak bertolak balik dari Makkah hotel ke Jeddah airport kami ambil teksi Ujrah (150 riyal). Banyak teksi luar hotel.
4) Untuk buat umrah kedua dan ketiga, kami Miqat di Taneem. Naik bas awam Saptco, 3 riyal saja seorang 1 hala. Sangat mudah. Naik bas, pergi solat sunat dan niat umrah di masjid Siti Aisyah. Naik bas semula terus ke Masjidil Haram untuk buat umrah.
Bas ni terletak di Western Piazza, sebelah Albaik Jabal Omar. Sebelah Hilton Suite, belakang Dar At-tawheed Continental.
Kalau naik kereta pun boleh, biasa 40 riyal. Kami sayang duit. Haha. Kalau ramai boleh tong tong
5) Perkhidmatan Bas Maalem:
Dari High Speed Train Madinah ke Masjid Nabawi (Gate 22). 5 riyal seorang. Murah gile! Kalau Careem kami check 40 riyal.
Untuk Ziarah Masjid Quba' naik di gate 7 (3 riyal sehala, 5 riyal tround trip)
Untuk ziarah Jabal Uhud naik di gate 22 (3 riyal sehala, 5 riyal tround trip)
Jika ada yang nak itenarary, tips dan costing umrah DIY kami, boleh emel hafsah.mardhiah@gmail.com tajuk "TIPS UMRAH DIY", insyaAllah nanti saya share.
Semoga bermanfaat./Hafsah Mardhiah
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah