5 Festival Muzik Terbaik Pelbagai Genre Dari Seluruh Dunia
GAYA HIDUPKalau korang penggemar muzik, korang pasti ikuti perkembangan festival-festival muzik yang popular dari seluruh dunia kan? Kalau di Malaysia, setakat ini yang selalu dianjurkan adalah Rainforest World Music Festival dan Future Music Festival.
Kalau di negara luar, diorang memang ikuti perkembangan festival-festival muzik ni. Sampai ada yang sanggup berkhemah beberapa hari semata-mata untuk ‘enjoy’ atmosfera selain mendengar alunan-alunan lagu daripada artis-artis yang diminati dan balik dengan kenangan yang tak dapat dilupakan.
Kebiasaannya, setiap festival akan memanggil sebuah ‘nama besar’ sebagai artis utama atau headliners. Kira yang paling power dalam senarai artis yang membuat persembahan sepanjang acara tersebut lah.
Salah satu festival yang disebut oleh majalah Rolling Stone sebagai ‘pengubah sejarah muzik rock & roll’ adalah festival Woodstock pada tahun 1969.
Antara nama besar yang membuat persembahan pada acara Woodstock yang pertama pada tahun ’69 ni adalah Santana, The Who dan Jimi Hendrix.
Selain Woodstock, berikut adalah 10 Festival Muzik Terbaik Di Seluruh Dunia :
#1. Glastonbury
Lokasi : Somerset, UK
Tarikh : 26 – 30 Jun 2019
Glanstonbury merupakan festival muzik yang paling diminati dan terkenal seluruh dunia. Boleh dikatakan genre serta artis yang dijemput mempunyai pelbagai latar belakang dan membawakan muzik yang pelbagai.
Daripada pop, reggae, rock sehinggalah dubstep. Festival ini sahaja diadakan di tanah lapang yang terbesar di dunia dan setiap tahun akan dihadiri oleh lebih daripada 175 ribu orang.
Glantonbury ni satunya, dia mengangkat ‘culture’ British pop. Artis yang pernah membuat persembahan antaranya Oasis, Radiohead, Coldplay, The Who, Gorrilaz, Metallica dan untuk tahun ini frontliner adalah The Killers sementara nama-nama lain yang ada adalah Carrie Underwood, Tame Impala, George Ezra dan ramai lagi.
#2. Coachella
Lokasi : Indio, UK
Tarikh : 12-21 April
Coachella – salah satu festival muzik yang ‘power’ dan sering menjadi bualan ramai. Golongan artis pun ramai yang suka ke Coachella ni. Satunya ramai yang cakap kalau nak dengar ‘muzik sebenar’ Coachella adalah tempatnya.
Bermula pada tahun 1999, Coachella membawakan suatu ‘vibe’ yang susah nak didapati dekat mana-mana festival muzik lain. Geng-geng instafamous, atau orang yang kejar sesuatu yang tengah ‘in trend’ memang suka ke Coachella. Sebab dekat sini selain muzik, dia ada mengetengahkan karya seni dan jugak ukiran.
Selain itu, ramai juga artis yang nak buat comeback atau reunion akan pilih Coachella untuk membuat persembahan mereka. Powernya Coachella ni, dia merupakan festival muzik yang terbesar, paling famous dan paling mendatangkan keuntungan.
Biasanya Coachella ni akan ada 5 pentas berbeza iaitu : the Coachella Stage, Outdoor Teater, Gobi Tent, Mojave Tent dan the Sahara tent.
Untuk tahun ini, kalau korang perasan artis Kpop yang tengah meletup, Blackpink juga turut dijemput untuk membuat persembahan selain nama-nama yang terkenal macam Diplo, Dj Snake, Ariana Grande, Tame Impala dan ramai lagi.
Oh, tarikh dan masa untuk Coachella 2020 dah keluar tau. Boleh tengok dekat sini.
#3. Lovebox
Lokasi : Gunnersbury Park, London
Tarikh : 12-13 Julai 2019
Lovebox ni diangkat sebagai ‘summer party’ dan kebiasaannya ia akan penuh dengan warna warni.
Festival yang berlangsung selama dua hari ni akan meletakkan lineup yang memainkan lagu-lagu ‘party’ dan memfokuskan kepada DJ dan boleh dilabelkan sebagai ‘dance’ festival jugak. Tapi, yang latest ni ada lah diorang bawakan genre lain macam hip-hop, indie, rock, dan macam-macam genre lain.
Siapa minat muzik yang gedegung kedegang bass kuat ni, boleh lah tuju ke sini. Tahun ni diorang panggil Solange dan Chance the Rapper, nama-nama lain yang pernah perform adalah Jamiroquai (’06), Duran-Duran, N.E.R.D (’09) dan ramai lagilah.
#4. Tomorrowland
Lokasi : Boom, Belgium
Tarikh : 19-28 Julai 2019
Sebut je Tomorrowland ni, pasti peminat genre muzik EDM tahu kewujudan festival muzik EDM yang terbesar ni. Setiap tahun, line-up untuk adakan persembahan memang jarang yang mengecewakan.
Selain pentas utama, Tomorrowland mempunyai 15 pentas berlainan untuk mereka yang datang ke festival.
Mula diadakan di Boom, Belgium pada 2005, Tomorrowland merupakan festival muzik terbesar di dunia dan paling ditunggu-tunggu oleh ramai. Biasanya dia akan diadakan dalam masa 2 minggu dan tiket akan habis terjual dalam masa beberapa minit sahaja.
Untuk tahun ini, artis yang akan buat penampilan adalah The Chainsmokers, Armin van Buuren, Dimitri Vegas, Martin Garrix dan ramai lagi. Tema tahun ini adalah The Book of Wisdom, The Return.
#5. Lollapalloza
Lokasi : Chicago, USA
Tarikh : 1-4 August 2019
Lollapaloza bermula pada tahun 1991 dan setiap tahun akan diadakan di Chicago’s Grant Park dan akan dihadiri oleh ribuan peminat muzik ke arena tersebut selain turut diadakan di pentas antarabangsa dengan festival di Brazil, Argentina, Paris, Sweden dan lain-lain.
Genre muzik yang dibawakan adalah alternative rock, heavy metal, punk rock, hip hop dan electronic.
Kebiasaannya, 8 pentas akan dibuka untuk persembahan dan lebih daripada 100 artis akan dipanggil untuk membuat persembahan selain tarikan yang menarik adalah foodtruck / gerai makanan sepanjang 1 batu ( 1 kilometer setengah).
Tahun 2019 sahaja setakat ini dah ada 3 siri Lollapalloza diadakan iaitu di San Isidro, Santiago dan Sao Paulo.
Bulan Ogos nanti, di lokasi utama Chicago akan menampilkan artis seperti Ariana Grande, Childish Gambino, Twenty One Pilots, The Strokes, The Chainsmokers dan ramai lagi!
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah