5 Laman Web Alternatif Untuk Cari Penginapan Selain Airbnb
GAYA HIDUPSetiap perjalanan, pengembaraan atau percutian pasti meninggalkan kesan atau setidaknya memberikan sebuah memori yang indah. Baik dari segi destinasi yang cantik, belajar budaya yang pelbagai mahupun mencuba pelbagai sajian dan hidangan dari seluruh dunia, ini semua merupakan pengalaman yang hanya akan diperoleh semasa atau selepas kita travel.
Sebut pasal pengalaman ketika travel ni, salah satu faktor yang biasanya menganggu mood atau ‘merosakkan’ percutian kita adalah penginapan. Ada kalanya, penginapan yang kita tempah, tak seperti apa yang mereka iklankan, servis teruk, kotor dan macam – macam lagi lah masalah. Tak percaya? Cuba baca review yang ada di laman web tempahan yang ada seperti Agoda, Trivago atau TripAdvisor.
Hari ini, boleh dikatakan ramai yang beralih kepada Airbnb apabila mencari tempat penginapan dan rata-rata rumah atau listing yang ada di Airbnb tidak mengecewakan, kalau ada yang bermasalah pun, mungkin kes terpencil.
Menurut statistik, Airbnb boleh didapati di 191 buah negara dan ianya merangkumi 81,000 buah bandar. Kalau siapa yang pernah berurusan dengan Airbnb, mereka sememangnya meletakkan garis panduan yang tinggi untuk memastikan pelanggan dan pengguna mereka berpuas hati.
Walaupun setakat ini, Airbnb merupakan alternatif terbaik selain hotel, berikut ada beberapa lagi laman web yang menawarkan penginapan yang berasaskan ‘rumah’ untuk disewa dan sebagainya.
#1. Booking.com
Walaupun nama booking.com lebih dikenali di Malaysia sebagai laman web untuk menempah hotel, sebenarnya ia juga ada senaraikan apartment dan rumah untuk disewa. Untuk mencari, korang hanya perlu menggunakan fungsi filter dan pilih ‘homes’ atau apartment.
Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, terdapat lebih daripada 1000 senarai apartment yang boleh anda jadikan penginapan untuk percutian anda. Ada yang disenaraikan sebagai apartment, ada juga yang disenaraikan sebagai Aparthotel, ini kalau nak ikutkan ianya adalah unit kediaman yang ada di dalam hotel, tapi milik persendirian.
Kelebihan yang ada jika menggunakan booking.com adalah pilihan pembatalan percuma, ada yang tidak perlukan pembayaran pendahuluan dan ada juga tidak perlu membuat bayaran semasa menempah, tidak seperti Airbnb yang perlukan kita membuat bayaran penuh semasa tempahan.
#2. Vrbo
Tidak seperti Airbnb, Vrbo hanya senaraikan rumah penginapan dan tidak mempunyai ‘host’. Kelebihan disini, kita tidak akan berurusan dengan orang tengah, semuanya melalui laman web berkenaan.
Selain itu, kalau di lokasi lain, boleh dikatakan senarai penginapan di Vrbo lebih luas dan ada yang mempunyai laman. Maknanya, kalau untuk percutian sekeluarga, berbaloi lah.
#3. Homestay
Jika korang nak pengalaman atau suka jenis penginapan berbentuk homestay, ini merupakan salah satu alternatif kepada Airbnb.
Kalau diikutkan, Homestay mengatakan yang mereka ada listing yang merangkumi 150 buah negara, kami tengok tadi, kebanyakan tempat dan destinasi popular di Malaysia ni diorang ada listing. Jadi, boleh guna jugak lah.
#4. Agoda
Ada perancangan nak travel ke mana – mana destinasi di Asia? Kalau ada, boleh cuba Agoda. Di Agoda sebenarnya ada bahagian yang mana korang boleh dapatkan rumah melalui Agoda Homes.
Selain laman web mereka sendiri yang memang mesra pengguna, carian di Agoda mempunyai sistem tapisan yang sangat baik. Kita boleh kecilkan carian untuk menepati citarasa dan keperluan kita. Apa yang best, Agoda ada tawarkan pembatalan percuma, tidak seperti Airbnb.
Dalam erti kata lain, kalau plan berubah saat akhir, setidaknya kita tidak kerugian dari segi penginapan. Agoda dalam masa yang sama, ada masukkan rating keseluruhan dari aspek kebersihan dan keselesaan. Ada juga markah lokasi, harga dan lain-lain, tapi dalam banyak – banyak, Agoda paling lengkap.
Paling penting, dalam banyak – banyak sebab, biasanya harga di Agoda agak murah berbanding di tempat lain, tak percaya? Cubalah.
#5. Flipkey
Dimiliki oleh TripAdvisor, Flipkey mempunyai senarai penginapan yang sangat banyak. Sama seperti yang lain, ia juga menawarkan rumah percutian seluruh dunia. Dalam satu pencarian mudah, ia akan senaraikan beberapa rumah atau penginapan mengikut bajet.
Disebabkan ianya milik TripAdvisor, jadi kita terus boleh bandingkan harga dan baca terus review yang telah ditinggalkan untuk setiap rumah atau senarai. Dari sini, kita mudah untuk buat keputusan sama ada rumah tersbut sesuai atau tidak.
Cuma, kekurangan yang ada pada Flipkey ini, ia tidak menyediakan pembayaran dalam bentuk Ringgit. Ada USD, GBP, Euro, Baht dan lain – lain. Kalau kita nak guna, boleh, tapi leceh sikit sebab kena tukarkan dulu matawang kepada Ringgit secara manual.
Dari segi senarai, memang ada penginapan di Malaysia dalam listing mereka ni ada lebih kurang 3,000 senarai penginapan jugaklah...
Jadi, selepas ni, kalau ada masalah dari segi penginapan dan korang taknak menginap di hotel, boleh gunakan salah satu daripada yang atas ni ye.
p/s : Setakat ni, pernah gunakan Agoda Homes – tapi proses nak masuk ke unit agak lama sebab diorang kena buat dua kali confirmation. Dari segi penginapan, macam yang diiklankan pada listing.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah