5 Warna Bilik Tidur Paling Sesuai Untuk Lelaki

GAYA HIDUP
April 06, 2021 - 06:55 PM


Selalunya bila bercakap tentang bilik tidur lelaki, kebanyakan lelaki tidak terlalu ambil berat tentang hiasan bilik, dan menggunakan konsep 'asal boleh'. Tapi semenjak ini, hiasan rumah pun dah boleh didapatkan dengan harga yang lebih berpatutan, jadi ramai lelaki bujang sudah mula menghias bilik, dan rumah mereka, baru lah seronok nak balik rumah lepas kerja! 

Kalau korang tak tahu, selain harus dikenakan dengan saiz bilik, pilihan cat warna bilik sebenarnya dapat memberikan feel yang sesuai dengan kelelakian, dan sifat maskulin lelaki, di samping menjadikan ruang bilik lebih selesa dan menarik. Berikut ialah 5 pilihan warna yang perfect untuk bilik lelaki bujang: 

1. Biru

Warna biru sebenarnya dapat menaikkan mood tenang di dalam bilik, dan warna biru juga sesuai untuk lelaki kerana warna tersebut sering dikaitkan dengan kaum lelaki. Warna biru dapat mengurangkan tekanan dan meberikan ketenangan, sesuai untuk korang yang balik tidur terus nak landing. 

Tapi jangan pula pilih sky blue, itu untuk bilik kanak-kanak. Pilih tona biru seperti royal blue, atau midnight blue. 

2. Coklat

Warna coklat mungkin bukan pilihan untuk ramai orang terutama sekali orang muda sebab warna coklat sering dikaitkan dengan orang yang berumur. Tapi sebenarnya rona warna coklat cukup sesuai untuk bilik tidur dan warna tersebut senang sekali untuk dipandankan dengan perabot berasaskan kayu. Kalau korang nak letak tumbuhan dalam bilik korang pon senang je dia blend in

3. Kelabu

Kelabu adalah warna yang sangat elegen, tetapi maskulin membuatkan warna kelabu banyak menjadi pilihan dalam kalangan lelaki. Kelabu dapat menerangkan ruangan, memberikan ilusi bahawa bilik korang lebih luas, dan warna kelabu juga kelihatan mewah. 

4. Putih

Putih jarang dijadikan warna pilihan mungkin kerana 'cepat kotor' tetapi sebenarnya warna putih adalah warna yang paling asas yang membolehkan korang bermain dengan kreativiti ketika menghias bilik dengan teratur dan kemas. Bagi lelaki, korang boleh gunakan cadar, dan langsir berwarna gelap di dalam bilik yang berwarna putih untuk menaikkan seri keseluruhan bilik. 

5. Hitam

Walaupun ramai yang beranggapan bahawa warna hitam akan memberikan rasa 'lemas', tetapi sebenarnya warna hitam adalah warna yang sesuai untuk menciptakan ruang tenang pada waktu malam. Tetapi untuk memilih warna hitam, bilik korang perlu ada pencahayaan yang bagus, dan warna hitam juga mungkin kurang sesuai untuk bilik yang kecil kerana mungkin akan kelihatan sempit. 

Sumber: mStar

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah