8 Perkara Yang Perlu Ada Dalam Checklist Ramadhan Korang
GAYA HIDUPBulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia, jadi sememangnya ramai yang menunggu-nunggu kehadiran bulan Ramadhan untuk beribadah, dan ibadah kita juga bakal diberikan ganjaran berlipat ganda. Jadi, kalau korang ingin betul-betul manfaatkan bulan yang datang setahun sekali ni, penuhi checklist Ramadhan korang dengan 8 perkara ini.
1. Bersahur
Mesti ramai antara korang yang akan skip sahur, dan kenyangkan perut pada waktu malam sebelum korang tidur, jadi korang boleh tidur lebih lama kan? Tapi sebenarnya, walaupun bersahur itu bukan satu perkara wajib, bersahur merupakan antara sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi Muhammad mendorong kita untuk bersahur walaupun dengan seteguk air. Tak perlu untuk masak, korang bangun dan minum air, kemudian makan 3 biji kurma pun sudah memadai.
2. Bertadarus Al-Quran
Membaca Al-Quran adalah antara kewajipan umat Islam, tetapi kalau tidak bertadarus pada bulan Ramadhan, tidak akan berdosa. Tapi sebenarnya, bertadarus pada bulan Ramadhan juga adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Ada 4 kaedah bertadarus Al-Quran:
-
Seorang membaca dan yang lain senyap
-
Seorang membaca kemudian apabila orang kedua membaca dia mengulangi bacaan yang pertama
-
Seseorang membaca kemudian setelah habis orang lain akan menyambung apa yang dia baca
-
Semua membaca serentak dalam satu masa
Kalau korang belum tahu, Allah mewajibkan kita untuk membaca Al-Quran, namun berkhatam adalah bukan perkara wajib. Jadi, tidak perlu berlumba-lumba, dan peka pada adab membaca al-Quran.
3. Menunaikan solat tarawih
Solat tarawih ni kalau korang tak tunaikan memang rugi, solat tarawih adalah solat sunat yang korang hanya boleh pada bulan Ramadhan, dan boleh dilakukan hingga 20 rakaat. Rasulullah pernah bersabda bahawa kalau solat sulat tarawih dilakukan dengan sebaik-baik niat, maka dosa-dosa lampau dapat diampuni.
4. Qiamullail
Sangat mudah untuk korang quimullail di bulan Ramadhan kerana kita memang akan bangun sedikit awal sebelum waktu Subuh di tengah malam untuk bersahur, jadi seeloknya kita lakukan solat sunat qiamullail. Orang yang berqiamullail akan meninggalkan tempat tidur semata-mata untuk mengerjakan solat, bertakbir membesarkan Allah SWT, bertasbih mensucikanNya dan berdoa pada waktu malam.
5. Sedekah
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
Sedekah bukanlah setakat pada kebaikan kepada manusia yang menerima, malah kepada Manusia yang menghulur. Pada bulan Ramadan, amalan ini menjadi sedekah jariah yang berterusan dengan pembersihan harta jika diberikan dengan sepenuh hati dan ikhlas.
6. Menunaikan zakat fitrah
Zakat fitrah adalah kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam, pada bulan Ramadhan. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal. Jadi, ketua keluarga, korang perlu menunaikan zakat fitrah untuk diri sendiri, dan mereka yang dibawa tanggungan korang.
7. Beriktikaf terutama 10 malam terakhir
Iktikaf bermaksud bertafakur, dan mencari keredhaan Allah S.W.T. Rasulullah menyarankan umatnya untuk beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, kerana sesiapa yang beriktikaf pada setiap malam, 10 malam terakhir Ramadhan, sudah pasti akan bertemu dengan lailatul qadar.
Ibnu Rajab al-Hanbali dalam kitabnya Lataif al-Ma’arif menyebut, hakikat iktikaf itu adalah memutuskan segala hubungan dengan makhluk dalam usaha untuk menyambung hubungan dan ibadat kepada pencipta.
Pelaksanaan iktikaf kurang sempurna sekiranya kita menghabiskan masa bersembang kosong serta membalas mesej serta komen di WhatsApp, Facebook, Instagram dan sebagainya.
8. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat
Maksiat yang dilakukan pada bulan Ramadhan membawa dosa yang lebih besar. Memandangkan syaitan yang sering menghasut kita untuk melakukan keburukan sudahpun diikat pada bulan mulia, kita seharusnya dapat mengawal nafsu dan menghindari diri daripada melakukan maksiat.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah