Banjir di KL, DBKL Keluarkan Patung Beruang Besar Yang Tersangkut Dalam Pembetung
GAYA HIDUPMacam manalah KL tak selalu banjir, entah apa lagi yang ada kat dalam pembetung tu.
Kerana apabila hujan lebat melanda, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah sama ada ia akan menyebabkan banjir sekali lagi.
Baru-baru ini, DBKL berkongsi hantaran di Facebook yang mendedahkan banjir kilat boleh berlaku apabila longkang, parit dan saliran atau pembetung tersumbat.
Dalam video berdurasi 8 saat yang disertakan sebagai bukti bahawa mereka sentiasa membuat kerja dengan baik, kelihatan pekerja sedang menarik keluar penampakan seperti patung beruang ‘teddy bear’ yang besar dari longkang dan lurang pembetung di Bulatan Merdeka, Kuala Lumpur, yang merupakan kawasan ‘hotspot’ kejadian banjir kilat.
“Kenapa perlu buang di dalam longkang jika tidak diperlukan lagi.. Tong sampah kan ada..,” tulis mereka.
Mereka mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang barangan mereka ke dalam longkang terutamanya barangan yang tidak boleh larut kerana boleh menyebabkan longkang tersumbat.
“Bila longkang tersumbat.. Banjir kilat berlaku.. Ramai yang sengsara, mungkin kerugian harta benda lagi.. Jangan salahkan pihak berkuasa tak buat kerja pula nanti..” tambah mereka.
Anak patung mainan itu benar-benar basah kuyup, seolah-olah ia telah tersangkut dalam pembetung untuk sekian lama.
Di ruangan komen, pengguna Facebook kebanyakannya mengucapkan tahniah dan memuji DBKL dan pekerjanya atas usaha gigih mereka dalam memastikan sistem pembetungan di ibu negara diselenggara dengan baik.
“Terbaik DBKL.”
“Syabas DBKL dan terima kasih!”
“Mantap DBKL..”
Beberapa warganet juga menekankan tentang perlunya kesedaran rakyat Malaysia untuk lebih bertanggungjawab dengan cara mereka melupuskan barangan masing-masing kerana membuangnya ke dalam longkang dan parit adalah tindakan yang mementing diri serta sangat tidak bertimbang rasa.
“Adakah ini mentaliti rakyat Malaysia? Mereka ingat apa sahaja yang tidak lagi mahu dibuang ke dalam longkang, sungai atau laut, macam benda itu semua ‘hancur dalam air’ ke?”
“Inilah salah satu sebab kita kerap mengalami banjir sana sini… kerana longkang tersumbat. Tolong, sebelum membuang benda anda.. Fikirlah dulu.. Kesian abang-abang bandaraya ni,” komen seorang warganet.
Seorang warganet pula menekankan sukar untuk kita menjadi sebuah negara maju dan progresif jika masih terdapat segelintir penduduk yang jahil.
“Macam mana kita hendak jadi ibu negara maju kalau penduduknya masih ada segelintir yang jahil,” katanya.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah