Betul Ke Akan Ada Kelonggaran Untuk Mereka Yang Sudah Divaksin Sepenuhnya?

GAYA HIDUP
June 22, 2021 - 11:13 AM


Walaupun vaksin tidak dapat mengelakkan jangkitan COVID19 dengan sepenuhnya kepada mereka yang telahpun melengkapkan vaksinasi, namun vaksin terbukti berjaya mengelakkan komplikasi serius kepada mereka yang dijangkiti, dan juga merendahkan kebarangkalian menjangkiti orang lain.

Jadi, min sendiri pun pernah terfikir yang mungkin akan tiba hari di mana mereka yang telah divaksin sepenuhnya (2 dos), akan diberikan kelonggaran yang tertentu kerana mereka tidak lagi cenderung untuk dijangkiti serta menyebarkan virus pandemik. 

Menurut Khairy Jamaluddin, kerajaan kini sedang mengkaji kelonggaran bagi individu-individu yang telah melengkapkan 2 dos vaksinasi termasuklah kebenaran untuk merentas negeri. Pihaknya kini sedang meneliti perkara tersebut sebelum dibawa ke dalam perbincangan bersama MKN. 

Antara yang perlu dilihat sebelum memberikan keistimewaan kepada golongan tersebut adalah aspek klinikal menerusi data yang dapat disediakan oleh negara lain seperti Amerika Syarikat yang membenarkan mereka yang telah divaksin untuk membuka pelitup muka jika bertemu di dalam sesebuah bilik. 

Mereka yang telah melengkapkan 2 dos vaksin dan juga telah mengakhiri tempoh menunggu selepas dos kedua akan mendapat profil berwarna kuning pada profil MySejahtera mereka sebagai pasport vaksin digital yang membenarkan mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang mungkin sebelum ini tidak dibenarkan. 

Namun, rakyat Malaysia mahupun yang telah divaksin tetap perlu mematuhi SOP pandemik yang masih lagi dikenakan selagi wabak pandemik tidak dapat dikawal dengan sepenuhnya. 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah