[Gambar] Koleksi Khas Nike Sempena Persaraan Ronaldinho

SUKAN
January 29, 2018 - 10:00 AM


Pengumuman persaraan Ronaldinho daripada dunia sukan bola sepak baru-baru ini menamatkan kareer beliau selama 20 tahun dalam bola sepak.

Bersempena dengan persaraan tersebut, sebagai menghargai jasa ‘El Magician’ ini, Nike telah mengeluarkan dua model TiempoX.

Model TiempoX Finale 10Rs ini akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu ‘Porto Alegre’ dan ‘Paris’ bersesuaian dengan dua kelab yang pernah diwakili oleh pemain ini iaitu Gremio FC dan Paris Saint-Germain.

Selain tulisan yang berbunyi ‘Saya bermain bola sepak dengan muzik di dalam minda’ pada setiap model, lukisan ‘shaka hand’ juga turut dicetak pada bahagian dalam kasut bersempena dengan celebration yang sering dilakukan Ronaldinho selepas berjaya menjaringkan gol.

Kasut ini sudah boleh didapatkan di laman Nike dan mungkin juga sudah berada di beberapa butik Nike terpilih seluruh dunia.

Menurut sumber, kasut ini akan dijual pada harga USD 95 (+-RM 370).

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah