GoPro Hero 6 Black Terbaru Akan Dilancarkan Hujung Bulan Ini

GAYA HIDUP
September 26, 2017 - 03:00 PM


Ini berita baik buat peminat action camera dan korang dah boleh berkira-kira untuk dapatkan model terbaru daripada GoPro ini. Nampaknya, masing-masing start release produk terbaru menjelang akhir tahun ni…

Dikatakan GoPro hari ini mengumumkan bahawa sebuah acara pelancaran akan diadakan pada Khamis ini, 28 September, di San Francisco, California. Walaupun syarikat itu tidak menyebut nama kamera baru tersebut, ada hint yang mengatakan bahawa Hero 6 Black akan dilancarkan. Ini ditambah dengan beberapa gambar yang bocor di media sosial apabila ada sesetengah kedai di US terdisplay model tersebut lebih awal. Katanya pengumuman ini akan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nick Woodman sendiri pada 9AM PT.

Dari segi bentuk luaran, masih lagi sama. Tiada pengurangan atau penambahan jika dibandingkan dengan Hero 5 tetapi Hero 6 ini akan dapat merakam rakaman 4K sehingga 60 bingkai sesaat, dan rakaman 1080p sehingga 240 fps.

Hero 6 Black sepatutnya dua kali lebih pantas, menawarkan kelajuan pemindahan yang lebih baik, dan mempunyai penstabilan imej digital yang lebih baik dan prestasi cahaya rendah. Ini adalah disebabkan in house processor GP1 akan digunakan untuk model terbaru GoPro ini.

 

Untuk lebih detail, kita kena lah tunggu sehingga model ini dilancarkan sepenuhnya Khamis ini. Jualan juga akan terus dilakukan pada hari tersebut dengan harga USD 499 (RM 2099). Tapi harga ni mungkin berlainan bila masuk pasaran Malaysia nanti.

 

Sumber : TheVerge

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah