Hospital Kenakan Caj Tambahan 'Emosi' Kerana Menangis Ketika Prosedur
GAYA HIDUPBayangkan... disebabkan tak tahan sakit terpaksa korang menitiskan air mata ketika prosedur operasi, sekali kena caj tambahan...
Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) terkejut selepas dia dikehendaki membayar kos tambahan sebanyak AS$11 (RM46) kerana menangis ketika operasi membuang tahi lalat dilakukan.
Dalam bil tersebut, tertera caj ‘brief emotion‘ serta nilai yang perlu dibayar.
Kos keseluruhan operasi yang perlu dibayar adalah sebanyak AS$234 (RM978).
Terkesima dengan kos tambahan yang tidak dijangka itu, wanita tersebut memutuskan untuk memuat naik gambar resit tersebut dalam Twitter dan menulis ‘menghilangkan tahi lalat: AS$223 (RM932). Menangis: bayar ekstra’.
Ramai warga maya turut terkejut dengan kos tambahan yang dikenakan terhadap wanita itu hanya kerana menangis semasa prosedur tersebut.
Wanita itu dipercayai mengadakan rawatan itu di sebuah hospital yang tidak dinyatakan lokasinya.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah