Kecoh, Seorang Kanak-Kanak Dikatakan Disunat Oleh Jin

GAYA HIDUP
December 13, 2021 - 09:59 AM


Kecoh di negara jiran apabila dikatakan terdapat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah disunatkan oleh jin di Kota Pasuruan. 

Keluarga kanak-kanak tersebut meluahkan rasa kebimbangan dan ketakutan mereka selepas kejadian tersebut pada wartawan yang menemuramah mereka. 

“Neneknya terkejut, saya juga risau. Ibunya apalagi,” jelas Rusman, 41, bapa kepada kanak-kanak itu.

Rusman berkata, kejadian berlaku Khamis lalu selepas waktu Maghrib.

Katanya, anaknya itu sedang dijaga neneknya, Sutasi.

“Anak saya kemudiannya kencing di tandas dan ketika itulah dia disunatkan oleh jin.

“Mula-mula neneknya tidak tahu keadaannya. Selepas didukung, kemudian seperti itu (kemaluannya) sakit, kemudian dia dibaringkan di atas kerusi. Apabila dibuka seluarnya, dia telah dikhatankan,” jelas Rusman.

Kerana tiada darah dan tiada parut, neneknya cuba memulihkan kemaluan cucunya kepada bentuk normal. Tetapi usahanya gagal.

“Kemudian saya dipanggil. Saya juga sangat terkejut,” jelasnya.

Panik, Rusman kemudian menghubungi petugas kesihatan.

“Kami diminta tunggu beberapa hari lagi. Lihat perkembangannya,” jelas Rusman.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah