Kereta Dah Berhabuk Dalam PKP? Servis Cuci Kenderaan Dibenarkan Di Negeri Dalam Fasa 2 PPN

GAYA HIDUP
July 06, 2021 - 06:16 PM


Bagi pemilik kereta, lagi-lagi yang jenis jaga kekemasan kereta mesti akan cuci kereta sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, dan sejak kita diletakkan dibawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), min tahu mesti kereta korang dah berhabuk kan? 

Berita baik bagi mereka yang berada di Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, dan Pahang yang telahpun memasuki Fasa 2 PPN, dan lebih banyak sektor telah dibenarkan untuk beroperasi semula, termasuk servis cuci kenderaan. Jadi, korang dah boleh cari masa yang sesuai untuk bawa kenderaan korang untuk dibasuh. 

Selain pusat cuci kereta manual, separa-auto, dan automatik, pasar pagi, dan pasar tani turut dibenarkan untuk beroperasi di negeri-negeri yang berada di dalam Fasa 2 PPN, memberikan berita baik kepada kepada peniaga kecil yang lama terkesan dengan tiadanya punca pendapatan. 

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), perniagaan-perniagaan tersebut tidak perlu meminta kebenaran daripada MITI untuk memulakan operasi perniagaan, sebaliknya hanya perlu menunjukkan lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Sekiranya perniagaan mereka memerlukan pergerakan merentasi daerah ataupun negeri, maka perlulah mereka mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM dengan menggunakan lesen perniagaan ataupun permit berniaga yang dikeluarkan oleh PBT. 

Pasar pagi dan pasar tani akan dibenarkan untuk beroperasi dari 7 pagi sehingga 11 pagi, sambil mematuhi SOP yang ketat. 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah