Nak Cari Kenalan Baru Ketika Travel? Ini 5 Aplikasi Yang Boleh Anda Cuba!
GAYA HIDUPMempunyai aplikasi yang betul pada telefon pintar boleh membantu anda berhubung dengan penduduk setempat dan mendapatkan semua cadangan yang tepat setiap kali anda berada di negara asing.
Sudah tentu, ia adalah idea yang baik untuk lebih berhati-hati apabila anda bertemu seseorang kenalan baru.
Namun, dengan sedikit sikap positif dan doa keselamatan, insyaAllah niat untuk berkenalan dengan sahabat baru ketika melancong ke negara orang bakal memudahkan perjalanan anda dan menjadikan percutian lebih menyeronokkan.
Berikut 5 aplikasi yang boleh anda cuba untuk memulakan komunikasi bersama penduduk tempatan dan juga pelancong lain ketika bercuti ke luar negara.
#1. SoloTraveller
Aplikasi ini sangat menarik untuk golongan pelancong dan pelancong solo kerana boleh menghubungkan anda dengan pengunjung lain yang ada berhampiran.
SoloTraveller adalah komuniti perjalanan lengkap dan berguna terutama kepada individu yang baru berjinak-jinak untuk berjalan bersendirian atau bosan serta inginkan suasana dengan kenalan baru.
Ia juga terdapat fungsi untuk pelancong wanita solo membuat kawan dengan pelancong wanita lainnya bagi percutian yang lebih selesa dan mesra.
#2. EatWith
Pengasas aplikasi ini mempunyai pengalaman manis sebagai pelancong solo yang berpeluang makan bersama penduduk setempat.
EatWith berfungsi untuk mencipta perbualan santai dan mesra bersama pengunjung lain ketika menjamu selera, selain menghubungkan tuan rumah tempatan dengan pelancong yang mencari pengalaman kulinari unik dan hidangan lazat.
Aplikasi ini juga merupakan komuniti terbesar di dunia untuk mendapatkan pengalaman menikmati makanan asli bersama penduduk tempatan, di lebih dari 130 buah negara.
#3. Travel Pal
Jika anda nak tahu, aplikasi ini berasal dari syarikat Hello Pal, yang diasaskan oleh rakyat Malaysia.
Travel Pal menghubungkan lebih daripada 1.5 juta tuan rumah dan pelancong di lebih 150 buah negara.
Dengan menggunakan aplikasi ini anda dapat mencari penduduk tempatan yang bersedia untuk membantu anda sepanjang penginapan anda di negara tersebut, malah anda juga boleh mencari rakan-rakan pelancong lain yang merancang perjalanan ke destinasi sama.
#4. Backpackr
Sama ada anda seorang pengembara solo atau pelancong secara berkumpulan, aplikasi ini dapat membantu untuk mengembangkan rangkaian orang yang anda kenal di dunia semasa bercuti.
Tab 'The Common Room' membolehkan para pelancong membuat pertanyaan atau bahkan mengadakan pertemuan.
Sementara itu, tab 'Nearby' membolehkan anda melihat apa yang berlaku di sekeliling anda manakala tab 'Worldwide' adalah cara yang lebih universal untuk mengetahui maklumat yang anda perlukan dari seluruh dunia.
#5. Flip The Trip
Idea di sebalik kewujudan aplikasi ini adalah untuk menghubungkan pelancong dengan penduduk setempat yang berada di tempat yang sama.
Ia boleh didapati di lebih 4,500 bandar seluruh dunia dan telah banyak menerima maklumbalas yang sangat positif.
Melalui Flip The Trip, pengguna boleh berhubung dengan pelancong lain untuk bersiar-siar atau jalan-jalan cari makan, malah terdapat juga pilihan untuk anda mencari dan berhubung dengan bakal rakan travel sebelum tarikh percutian anda.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah