Nobita Pun Dah Kahwin, Korang Yang Single Tu Bila Lagi?

GAYA HIDUP
January 21, 2021 - 06:41 AM


Buat kanak-kanak zaman 80-an dan 90-an, kartun siri dari Jepun, Doraemon merupakan kenangan indah pada waktu itu. Mengisahkan tentang robot kucing yang datang dari masa depan untuk membantu seorang pelajar, Nobita, dan menjadi rakan baiknya sepanjang siri itu. Nobita yang sering berhadapan dengan pelbagai masalah sering bergantung kepada alat masa depan Doraemon.

Sepanjang siri tersebut, kita dapat lihat Nobita ada 'crush' dekat Shizuka. Walaupun peminat tegar tahu bahawa Nobita dan Shizuka akan berkahwin, tetapi ini kali pertama penonton dapat melihat majlis perkahwinan mereka. Alangkah terkejutnya netizen di media sosial apabila gambar mereka berkahwin viral. Kebanyakan reaksi dari netizen juga mencuit hati.

Gambar di atas mengundang respon dari netizen yang kebanyakannya terharu dengan pencapaian Nobita. Malah ada juga yang sedih kerana Nobita kahwin terlebih dahulu dari mereka. Untuk pengetahuan korang, filem Stand By Me 2 ini telah pun ditayangkan di negara Jepun pada tahun lepas. Dan ianya bakal ditayangkan di negara lain pada bulan Febuari ini.

 

 

Tetapi dalam keadaan COVID-19 sekarang ni, kita pun belum tentu boleh pergi tengok di pawagam betul tak? Harapnya filem ini akan ditayangkan di Netflix atau Astro Go untuk peminat di negara kita. Jadi apa reaksi korang bila tengok gambar ni? Ada yang membesar dengan karakter Nobita dan Doraemon, mesti korang rasa happy kan?

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah