Pemenang Pertandingan ‘Shot On iPhone’ Dah Diumumkan Oleh Apple
GAYA HIDUPPengguna iPhone seluruh dunia baru-baru ini ‘dipanggil’ oleh Apple untuk menyertai satu pertandingan ‘Shot On iPhone’ yang mana pemenang utama akan menerima bayaran daripada penggunaan imej oleh Apple dan kesemua gambar akan digunakan di papan iklan, laman rasmi Apple serta hiasan dalaman Apple Store seluruh dunia.
Semalam, pemenang rasmi pertandingan tersebut telah diumumkan oleh Apple melalui akaun Instagram dan juga di laman web Apple sendiri. 10 pemenang telah dipilih dan seperti yang dijanjikan, gambar mereka akan digunakan pada papan-papan iklan Apple seluruh dunia.
Gambar yang berjaya menambat hati juri diambil menggunakan pelbagai model iPhone termasuklah, iPhone 7, iPhone X dan iPhone XS Max dan foto-foto yang menyertai pertandingan ini semuanya telah berjaya mengetengahkan pelbagai aspek seperti bandar yang berwarna warni, pemandangan, haiwan, refleksi dan macam-macam lagilah.
Jom kita tengok gambar-gambar pemenang Shot On Iphone 2019 ni :
Alex Jiang (US), iPhone XS Max
Blake Marvin (US), iPhone XS Max
Darren Soh (Singapore), iPhone XS Max
Nikita Yarosh (Belarus), iPhone 7
Dina Alfasi (Israel), iPhone X
Elizabeth Scarrott (US), iPhone 8 Plus
Andrew Griswold (US), iPhone XS
Bernard Antolin (US), iPhone XS Max
LieAdi Darmawan (US), iPhone XS
Robert Glaser (Germany), iPhone 7
Cantik kan gambar-gambar diorang ni? Maknanya kita tak lama lagi akan dapat lah tengok gambar-gambar ni dekat papan-papan iklan Apple dekat Malaysia...
Credit : Apple Newsroom
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah