Thailand Longgarkan Syarat Kuarantin Yang Lebih Pendek Bagi Pelawat Antarabangsa

GAYA HIDUP
September 28, 2021 - 04:05 PM


Thailand bersiap sedia untuk melonggarkan syarat kuarantin COVID-19 bagi pelawat antarabangsa yang lengkap divaksin dan membuka semula negara itu dalam empat fasa, mulai Oktober, menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA).

CNA melaporkan, mulai 1 Oktober, pelancong antarabangsa yang sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 sekurang-kurangnya 14 hari dan boleh membuktikannya dengan sijil vaksinasi hanya perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sebaik tiba di negara itu.

Namun, tiada keperluan kuarantin dilaksanakan di wilayah tertentu yang sudah pun dibuka semula kepada pelawat antarabangsa.

"Mereka akan menjalani ujian calitan dua kali. Kali pertama pada hari pertama mereka tiba. Kali kedua antara Hari Keenam dan Hari Ketujuh," kata jurucakap CCSA, Taweesin Visanuyothin pada sidang media, semalam.

Pelancong antarabangsa yang belum menerima vaksin penuh akan dikuarantin selama 10 hari jika memasuki Thailand melalui perjalanan udara atau laut.

Jika mereka memasuki Thailand melalui perjalanan darat, tempoh kuarantin yang perlu dijalani adalah 14 hari.

Menurut CCSA, mereka juga perlu menjalani ujian PCR dua kali ketika ketibaan.

Pada masa ini, semua pelawat antarabangsa perlu menjalani kuarantin selama 14 hari melainkan jika mereka menyertai skim pelancongan bebas kuarantin Thailand.

Selain menyesuaikan keperluan kuarantin, Thailand juga mendedahkan rancangannya untuk membuka semula pelancongan antarabangsa dalam empat fasa.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah