Honda Jazz Terakhir Di Malaysia

FEATURED
October 18, 2021 - 11:39 AM


Honda jazz merupakan antara model yang digemari oleh orang ramai, lebih-lebih lagi generasi muda pada masa kini. Hal ini kerana kenderaan tersebut antara kereta yang berprestasi tinggi dan ianya dihasilkan oleh jenama yang cukup terkenal. Bila ditanya sesiapa sahaja tentu orang akan mengenali jenama dari negara terbit itu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sekumpulan pekerja mengambil kesempatan bergambar dengan unit terakhir model Honda Jazz yang dibuat di kilang yang terletak di Pegoh, Melaka. Rata- rata warganet yang komen dalam post tersebut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana berita tersebut.

 

Sumber dalam pihak syarikat Honda telah lama memberikan ‘petunjuk’ bahawa model Jazz generasi keempat tidak lagi ditawarkan di Asia Tenggara kecuali Singapura.

Model City Hatchback dijangka bakal mengambil alih pasaran Jazz di negara ini. Namun pihak Honda Malaysia masih belum lagi memberi gambaran bilakah mereka bakal membawa masuk model tersebut ke negara ini.

Bagi sesiapa yang mempunyai Honda Jazz, kini korang bolehlah berbangga dengan kereta korang sebab model Jazz kini sudah layak berada dalam kategori kereta ‘rare’ di Malaysia.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah