Ini Senarai Penipuan Melibatkan Airbnb Seluruh Dunia, Moga Tidak Terkena Pada Kita

HOTEL
February 11, 2020 - 12:56 PM


Baru – baru ini, Vice ada mengeluarkan senarai penipuan atau scam yang dilakukan oleh pemilik Airbnb seluruh dunia. Ada antaranya berlaku tanpa sedar dan ada antaranya berlaku secara terang – terangan.

Menurut e-mail yang diterima pihak vice, rata – rata aduan yang diterima mempunyai cerita yang seakan – akan sama. Kalau nak disenaraikan semua, mungkin banyak; tapi kita akan highlightkan mana yang biasa berlaku.

#1. Pancing dan Tukar

Terma yang biasa digunakan adalah bait and switch, scam ini biasanya berlaku apabila pemilik Airbnb menjanjikan atau menyenaraikan apartment lain tetapi apa yang tetamu dapat adalah lain sama sekali.

Masalah utama disini adalah faktor gambar yang ‘menipu’. Ada pemilik yang tidak bertanggungjawab meletakkan gambar bilik lain yang seakan – akan unitnya. Jadi, tetamu akan berasa ditipu apabila tiba di tempat kejadian.

Kedua, tetamu akan dipaksa atau diminta menukar unit dan unit yang diberikan mungkin tidak siap atau jauh sekali dengan apa yang anda tempah pada awalnya.

 

#2. Scam Sistem Paip Rosak  

Salah satu scam yang popular di Airbnb terutama di Eropah dan US adalah masalah perpaipan. Dari sudut pandang tetamu, ini merupakan perkara yang memang diluar kawalan dan tetamu tidak boleh nak pastikan atau buktikan pun sistem perpaipan ini sememangnya sudah bermasalah, melainkan ianya tersumbat.

Apa yang berlaku adalah; selepas beberapa jam tetamu memasuki unit, pemilik akan hubungi tetamu dan memberitahu unit yang didiami mereka mempunyai masalah paip secara tiba – tiba.

Nak atau tidak, tetamu akan terpaksa membatalkan tempahan dan ini akan memberikan keuntungan kepada pemilik secara tidak langsung kerana jika mereka membatalkan tempahan, mereka akan dikenakan penalti.

 

#3. Kenakan Denda Tak Masuk Akal

Satu aduan yang diterima pihak Vice adalah mereka dikenakan denda yang tidak masuk akal diatas perkara atau kerosakan kecil seperti kotoran kopi dan sebagainya.

Selain itu, ada juga tetamu yang mengadu bahawa mereka cuba dikenakan bayaran untuk menggantikan kunci yang hilang dan bayaran yang diminta ada yang mencecah ribuan ringgit dan sememangnya tidak masuk akal.

 

#4. Scam Review dan Ugutan

Kebiasaannya, pemilik Airbnb ini ada satu matlamat sahaja selain keuntungan iaitu memperolehi review dan rating 5 bintang mereka. Salah satunya, mereka dapat menaik taraf status mereka kepada ‘superhost’ dan ini biasanya akan menambahkan tempahan unit mereka dan membuatkan tetamu lebih percaya.

Namun, ada pemilik yang bertindak untuk mengugut tetamu untuk tinggalkan komen dan review lima bintang walaupun mereka tidak layak. Ada yang mahu selesaikan masalah ‘diluar’ aplikasi Airbnb itu sendiri.

Selain itu, ada juga pemilik yang sengaja tidak paparkan atau sorokkan review negatif atau teruk yang diterima oleh mereka.

 

#5. Bayaran Diluar Aplikasi Airbnb

Perkara ke-5 ini boleh dikatakan banyak juga berlaku. Pemilik akan meminta tetamu membuat bayaran diluar daripada sistem pembayaran yang ada di Airbnb sama ada melalui cek, aplikasi pihak ketiga, bank transfer dan sebagainya. Jika bukan kesemuanya, mereka mungkin meminta deposit.

Kalau diikutkan, tempahan melalui Airbnb tidak mengenakan sebarang deposit dan sememangnya perkara ini telah diingatkan pihak Airbnb dalam tips keselamatan mereka.


Nota Editor : Sepanjang pengalaman menempah Airbnb, pernah terkena sekali sahaja iaitu katil atau lebih tepat tilam. Yang digambarkan tilam 5 bintang, tebal, gebu, tetapi di unit berkenaan adalah tilam buruk, dah keluar pun springnya. Report pihak Airbnb, malangnya mereka tidak dapat mengesahkan perkara tersebut melalui gambar.

Antara scam guna gambar orang lain yang ada...


p/s : Kalau masuk unit, ada benda yang tak kena, ambil gambar sebagai bahan bukti anda. Jangan takut kalau anda tidak salah. Report aje.

 

 

 

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah