Kecoh Kes Pelanggan Vs Cocohut Beach Resort Pulau Perhentian! Ini Pandangan Kami

HOTEL
July 13, 2020 - 01:41 PM


Seperti kita tahu, sektor pelancongan domestik di negara kita sudah mula di buka buat warganegara Malaysia dan mereka yang berada di dalam negara ini setelah beberapa bulan berehat akibat pandamik yang melanda. 

Ramai di antara kita sudah mula tidak sabar untuk keluar dari tempat tinggal dan rata-rata memilih percutian pulau. Oleh itu, Pulau Perhentian yang merupakan antara pulau yang popular di Semenanjung Malaysia menjadi tumpuan, terutama buat anak muda untuk bercuti setelah berkurung hampir 4 bulan. 

Pun begitu, dengan kerancakan kita berlumba-lumba untuk keluar dari sarang, jangan pula lupa kepada mereka yang masih terkurung di tempat kerja, kerana tetap fokus mengambil peluang mencari nafkah untuk keluarga, dalam kes ini kami merujuk kepada si penulis ketika ini sedang mengetuk papan kekunci menghasilkan sesuatu untuk dhidangkan kepada mereka di luar sana sesungguhnya tanpa warga kerja media baharu seperti kami sunyilah hidup warganet sekarang.

Okay berbalik kepada cerita asal, minggu lepas viral katanya disebabkan RM50 pelanggan ini dihalau oleh pemilik resort yang terkenal di Pulau Perhentian. Terbaca sahaja ayat ini, kami pasti ianya memberi nama buruk buat resort berkenaan dan mula tertanya-tanya apa cerita disebaliknya. Seperti biasa ungkapan pokok tak akan bergoyang jika tiada monyet yang mengoncang. Eh ini ungkapan baru ye.

Jadi, kami mulakan membaca kedua-dua kenyataan samada oleh pihak pelanggan dan juga pihak resort serta tidak lupa watak sampingan oleh mereka yang pernah tinggal di resort berkenaan. Keadaan makin rancak pula disemarakkan oleh netizen yang seperti biasa buat kerja mereka menambah pelbagaai perisa menjadikan situasi agak menarik dan lazat untuk dihidangkaan.

Dari kacamata pelanggan

Kes bermula dengan percutiaan 2 anak muda di Pulau Perhentian. Berikut kami simpulkan dalam bentuk point bagi memudahkan orang ramai faham, yes kami faham tak semua dalam kalangan kita suka membaca. 

Mengikut pelanggan yang di kenali sebagai Ridzuan Hassan, beliau tidak puas hati dengan tindakan pemilik resort berkenaan menghalau beliau dan kawan-kawan kerana tidak mengambil tawaran RM50 yang ditawarkan. 

Ok tindakan ini penulis tidak bersetuju dengan pihak resort menghalau pelanggan serta merta sedangkan pelanggan tidak melakukan sebarang jenayah yang serius. Bayangkan jika semua resort penuh di sana? Nak kena balik masuk office kerja? Haha atau pun bermalam di tepi pantai sahaja. Actually banyak lagi tindakan bijak yang boleh diambil. [Pendapat diberi sebelum menbaca cerita di pihak Resort]

Kenapa beliau dihalau?

Tidak bayar RM50/day untuk pelanggan ketiga atau ada cerita lain dari sisi resort. Baca sampai habis jika nak tahu. 

Dari mana datangnya extra RM50?

Menurut pelanggan, kawan ketiganya hanya datang teman mereka untuk check in sahaja dan bukan untuk menginap sekali dan orang ketiga itu hanya berada di bahagian receptionist sahaja. Ok kalau penulis pun mungkin penulis tidak akan mengorbankan RM50 untuk sesuatu yang bukan kehendak penulis. Kami pasti masih ada cerita disebalik situasi ini. 

Bagi pihak resort pula, mungkin disebabkan sikap segelintir orang kita yang suka mengambil kesempatan di mana booking untuk 2 orang tetapi masuk melebihi jumlah yang ditetapkan. Situasi ini pernah berlaku beberapa kali di luar negara melibatkan rakyat Malaysia dan memberi imej negatif kepada Malaysia. Tahukah anda peraturan ini amat ketat oleh Resort dan Hotel di luar negara. Jangan sesekali buat ye!

Tambahan pula, it all about money jadi mereka yang berada dalam bidang perniagaan akan gunakan seribu cara untuk keluarkan duit dari dompet kita. Malah ada satu term yang dinamakan sebagai cas perkhidmatan yang boleh diolah sejuta cara untuk dikenakan cas keatas pelanggan. 

Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia yang berakal sentiasa ada cara yang dikenali sebagai atas budi bicara untuk selesaikan masalah tanpa melibatkan kerugian dua-dua pihak. 

Seterusnya

Ketengangan yang berlaku tadi membuatkan, pelanggan bertindak mengumpul kesemua perkara negatif dari A ke Z tentang resort berkenaan dan luahkan di media sosial kerana ini zaman viral kerana mata jari terus menulis. Lalu viral satu posting di Facebook milik Ridzuan Hsn. Butirannya seperti berikut.

  • Staff kat sana tidak friendly
  • Resort dia kena panjat bukit dan jauh daripada pantai
  • Staff tidak senyum atau greetings
  • Staff tidak percaya cakap pelanggan 
  • Minta bayaran tambahan RM50/semalam untuk "orang ketiga" 
  • Staff kat situ tidak paham bahasa
  • Staff Mengadu kepada agent membawa orang luar masuk di resort mereka
  • Pihak hotel refund duit dan halau kami drpd resort

Well, rule pertama dalam bidang Hospitaliti dan tidak dipatuhi iaitu sikap staff. Come on, kalau tak boleh nak jadi friendly lebih baik tidak jadikan kerjaya dalam bidang ini sebagai kerja anda. Kami sebagai pelanggan tidak minta dilayan bagaikan raja, cukuplah senyum dah boleh membuat segala penat panjat bukit hilang. 

Pelanggan juga sudah tidak boleh gunakan The customer is always right lagi kerana kita hanya manusia mesti ada kurang dimana-mana pihak. Mungkin staff tidak senyum pada pertama kali berjumpa akibat staff tersebut sakit perut atau dia memang ada alahan untuk senyum, well we'll never know.

Apakata kita sebagai individu ubah persekitaran negatif ini menjadi positif, mungkin kita boleh senyum kepada mereka terlebih dahulu. Senyum je kot bukan susah kan. Ini pun boleh jadi masalah ke? Tahulah penat panjat bukit, penat bekerja hadap sikap pelanggan yang berbagai tu, but still masih susahkah untuk senyum? Ini masalah kita sebagai individu bila terlalu ego dan tidak mahu merendah diri dan membiarkan persekitaran negatif menguasai diri. Penulis tujukan kepada semua.

Luahan penuh boleh baca di sini [Cocohut Beach Resort Pulau Perhentian Kecik – REVIEW]

Tiba masa untuk watak tambahan

Segala pengalaman buruk pelanggan terdahulu yang menginap di resort berkenaan mula berkongsi pengalaman tentang kisah mereka yang agak tidak memuaskan sepanjang menginap di situ termasuklah review-review yang telah ditinggalkan di laman web agoda dan booking menunjukkan reputasi pihak resort berkenaan gagal memenuhi SOP yang sepatutnya diberikan. 

Mostly komen negatif yang diterima oleh pihak resort adalah sikap staff yang tidak friendly bukan seorang malah ramai yang meninggalkan komen yang sama berkenaan sikap. Penulis berpendapat mungkin pihak pengurusan resort boleh tengok balik sikap staff just double check maybe. Tak salah pun kita baiki apa yang kurang. At the end of the day jika kita memberi perkhidmatan yang cemerlang dan membuat pelanggan gembira ianya akan menguntungkan. Kita tidak tahu pengaruh yang ada oleh setiap orang. Ianya boleh memberi kesan positif atau sebaliknya. 

Pihak resort juga dikatakan tidak memberi info yang tepat di dalam laman web booking dan agoda. 

The damage is done

Benda dah viral, nama Cocohut Beach Resort Pulau Perhentian menerima impak negatif dan kecaman yang agak teruk oleh netizen lalu menjejaskan perniagaan mereka.

Cerita di pihak Cocohut Beach Resort Pulau Perhentian

Pihak mereka tampil menjelaskan situasi yang berlaku dari kacamata mereka pula. Kita sebagai orang luar hanya mampu keluarkan pop corn menikmati drama ini. Tetapi jangan nak happy sangat perkara ini mungkin boleh berlaku kepada anda. 

Butirannya adalah seperti berikut:

  • Tempahan adalah untuk 1 bilik DELUXE (TWIN SHARING) 2 pax only
  • Pihak kami terlepas pandang untuk meraikan kehadiran mereka kerana sibuk menguruskan pendaftaran tetamu yang lain.
  • Telah datang bertiga dengan seorang lagi KAWAN (PEREMPUAN).
  • Kawan perempuan berkenaan turut membawa beg pakaiannya.
  • Mereka (pelanggan) mengeluarkan kata-kata kesat bermotifkan provokasi
  • Tindak tanduk mereka yang kurang ajar dan biadap
  • Kekecohan akibat perbuatan mereka mengeluarkan kata-kata kesat yang dilihat sengaja dibuat bagi mencetuskan provokasi
  • Mengambil keputusan untuk membatalkan tempahan bilik berkenaan
  • Tetamu berkenaan bersikap ganas dan biadap serta mengganggu ketenteraman tetamu yang lain.

Okay sebenarnya agak panjang penjelasan yang diberikan oleh pihak resort, namun penulis keluarkan beberapa isi penting sahaja. Cerita penuh boleh baca di sini [Cocohut Long Beach Resort Pulau Perhentian Jawab Tuduhan Halau Pelanggan Kerana RM50]

Secara jujur, kenyataan yang di keluarkan oleh pihak resort is too defensive dan terlalu meleret sehingga sempat siasat apa yang mereka berdua buat sebelum itu. Persoalan kenapa Ridzuan Hsn dan kawannya tidak check in terlebih dahulu di camp site bagai untuk kawan ketiga, penulis rasa ianya tidak perlu kot, itu hak mereka nak check in jam berapa sebab ianya tidak melibatkan pihak resort.

Pertama selepas pembukaan semula sektor pelancongan domestik satu SOP dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk kesemua kita mematuhinya termasuklah pihak hotel dan resort. Penulis yakin anda tahu peraturannya.

Peraturan resort notis yang paparkan di kawasan kaunter berhubung peraturan-peraturan Cocohut Long Beach; yang mana antaranya menyatakan bahawa pihak resort mempunyai hak untuk membatalkan sebarang tempahan bilik sekiranya didapati tetamu berkenaan bersikap ganas dan biadap serta mengganggu ketenteraman tetamu yang lain. [sebab kenapa pelanggan di halau]

Basic things, kita datang tempat orang kena jaga tingkah laku dan adab. Letakkan diri kita kat tempat pemilik resort tu dalam bahasa kasar "ko datang kat rumah aku tapi ko tak jaga adab walaupun ko bayar 40 juta sekali pun ko tetap tak ada hak untuk bersikap kurang ajar". Well 40 juta? I'll take it. hahah sanggup terima sikap kurang ajar korang.

Menurut penjelasan pihak resort juga ada menyentuh tentang PEREMPUAN iaitu kawan mereka yang dikatakan temamu ketiga. Well memang agak tidak menyenangkan untuk perempuan datang bercuti bersama 2 lelaki yang tidak mempunyai pertalian darah. Walaupun tidak tinggal bersama seperti dikatakan, namun seorang perempuan MELAYU dan ISLAM (mungkin) sebab kedua dua lelaki berkenaan adalah MELAYU jadi penulis assume perempuan itu melayu dan Islam, kalau perempuan itu bukan Islam penulis mintak maaf. Sekali lagi ianya masih lagi tidak sopan perempuan masuk ke bilik 2 lelaki di sebuah pulau, walau untuk mandi atau teman. Mak Ayah sekalian sila ambil tahu dimanakan anak-anak anda dengan siapakah mereka bersama.

Wahai PEREMPUAN MELAYU ISLAM sekalian sedarkan anda betapa beruntungkan kamu ramai yang mengambil berat ke atas diri kamu dalam tidak sedar? Even bukan melayu sekali pun tetap tahu perempuan tidak sepatutnya bersendirian bersama dengan lelaki bukan muhrim.

Agak panjang ulasan penulis kali ini. Jadi sebagai kesimpulan untuk kes ini, puncanya adalah masalah sikap. Itu sahaja. Kalau kita sendiri memberi sikap GREAD A nescaya banyak masalah boleh dihindarkan. Contohnya, 2 orang lelaki tadi boleh bercuti di Pulau Perhentian dengan tenang dan pihak resort juga tidak menerima kritikan negatif di atas perkhidmatan yang diberikan but still kena improve bab facilities dan servis ya kalau ada feedback dari pelanggan.

Tak kisahlah anda Melayu ke Cina ke India ke, anda tetap kena jaga adab. 

Kepada Cocohut Beach Resort Pulau Perhentian ambillah peluang viral dan promosi percuma ini dengan memberi layanan terbaik buat tetamu anda, pastikan mereka gembira sepanjang berada di tempat anda dan jangan lupa baiki segala kelemahan yang ada. Semoga terus sukses dan berjaya membuktikan apa yang bertebaran diluar sana tidak benar.

Tidak lupa juga terima kasih kerana memberi perhatian kepada saudara seislam penulis bahawa perempuan perlu menjaga kehormatan diri kerana PEREMPUAN itu begitu tinggi darjatnya di mata seorang LELAKI. Yes penulis adalah seorang lelaki yang baru sahaja single dan di fahamkan pemilik resort berbangsa CINA.

Kepada Ridzuan Hassan, good job kerana berani berkongsi kisah pengalaman anda sekali gus membuatkan resort-resort yang ada di luar sana akan berfikir 2 kali untuk melayan pelanggan dengan teruk dan memberi perkhidmatan yang cemerlang. Banyak pengajaran yang kami boleh ambil.

Ingat zaman sekarang kerana mata, jari pantas menaip mereka hanya menggunakan satu pancaindera yang dikurniakan sahaja untuk menilai sebarang situasi yang berlaku. Mungkin mereka lupa, mereka juga ada hati, perasaan, pendengaran dan otak dalam menilai situasi sebelum jari lancar menaip kecaman. 

Percayalah penulis pernah mengalami situasi yang lebih teruk dari ini semasa berada di pekan kecil luar Budapest, Hungary pada tahun 2018, jam 2 pagi di dalam cuaca salji yang lebat seorang diri. Tambahan dengan kesihatan yang tidak 100%.

Penulis merupakan Solo Travel Blogger Malaysia bermula pada tahun 2009 sehingga sekarang dan telah menjelajah lebih 50 negara dan menerima beberapa anugerah dalam bidang blogging dari dalam mahupun luar negara. 

Faizal Fredley - 2020

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah