Templer Park Rainforest Retreat – Lokasi Bercuti Terbaik Untuk Ketenangan Minda

HOTEL
October 05, 2020 - 01:28 PM


Ada banyak lokasi di Malaysia yang memang dekat dengan nature. Dan salah satunya adalah Templer Park Rainforest Retreat yang terletak di Selangor. Bangun pagi dengan pemandangan yang penuh dengan kehijauan memang pasti akan menenangkan jiwa korang.

Lokasi Templer Park Rainforest Retreat ni dekat je dengan bandar Kuala Lumpur. Hanya 30 minit perjalanan je menggunakan kereta. Dan semua pemandangan hutan yang korang akan nampak di sini adalah dari Hutan Simpanan Kanching. Kalau penat dengan hidup bandar yang selalu sesak, lokasi ni memang best.

Templer Park ni juga sangat besar pada keluasan 3 ekar. Terdapat 2 jenis penginapan yang korang boleh pilih iaitu vila biasa atau kontena. Kebiasaannya kontena tu digunakan untuk kumpulan yang besar yang hadir di sini.

Villa – Sangat sesuai untuk korang yang nak datang seramai 6 hingga 16 orang. Ini kerana villa tersebut mempunyai 4 bilik tidur dan setiap daripada bilik tidur tersebut mempunyai tandas tersendiri. Jangan risau, korang masih lagi boleh akses internet secara percuma, dan televisyen juga turut disediakan.

Container – Kalau korang datang dalam linkungan 10 ke 30 orang, kontena ni ada 5 bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air dan ada satu bilik cantuman yang dijadikan sebagai ruang tamu atau bilik mesyuarat.

Jadi apa yang korang boleh buat di sini? Ada infinity pool untuk korang berenang bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati pemandangan yang cantik. Malah ada juga trampoline untuk kanak-kanak bermain di sini. Ada juga tasik cantik untuk korang berjalan-jalan dan padang golf untuk mereka yang nak luangkan masa beriadah. Dah beriadah, rehatkan diri korang di dalam bilik sauna, pasti jadi lagi segar. 

Dan yang paling penting, ada kelengkapan dapur untuk korang memasak juga. Nak bbq, steamboat semuanya ada. Dan nak beli barang masak memang dekat je dengan Tesco, 8 minit je drive. Jangan risau, barang dapur semua bersih sebab pihak Templer Park Rainforest Retreat ni tak benarkan pengunjung untuk masak pork dan juga membawa alcohol. Jadi memang best untuk Muslim.

Jadi untuk info lebih lanjut korang bolehlah pergi ke laman Facebook utama mereka atau pun ke laman web rasmi mereka. Have fun guys!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah