Itinerary 4H3M Palembang, Indonesia
ITINERARYFebruary 19, 2020 - 12:03 PM
Dengan luas wilayah 400,61 kilometer, Palembang merupakan kota kedua terbesar di Sumatra dan dari sudut pelancongan, ia mempunyai lebih dari 70 buah destinasi pelancongan dan ia merangkumi destinasi berasaskan alam sekitar, sejarah dan budaya dan destinasi keagamaan.
Jika diteliti, Palembang merupakan sebuah negeri yang kaya dan terkenal dengan sejarah. Pernah menjadi ibu kota kerajaan Sriwijaya suatu masa dahulu, Palembang merupakan kota paling tua yang ada di Indonesia iaitu berasal dari abad ke-7.
Secara geografi, boleh dikatakan yang Pelembang ini dipisahkan oleh Sungai Musi kepada dua bahagian iaitu Seberang Ulu dan Seberang Ilir.
Baru – baru ini, kami berkesempatan untuk bekerjasama dengan Tourism Palembang dan mereka telah membawa kami melawat tempat – tempat menarik disana. Berikut adalah itinerary ringkas 4 hari 3 malam kami di Palembang.
Hari Pertama
Kuala Lumpur - Palembang
10 Pagi - Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II
Naik LRT dari Stesen LRT Bandara SMBII menuju ke LRT Bumi Sriwijaya.
LRT dekat sini harga dia rata, kalau anda bermula atau menuju ke LRT Bandara, harganya Rp.10,000. Kalau selain itu, Rp.5,000.
Kami naik bas catar menuju ke Hotel Emilia by AMAZING dan berehat sebentar. Hotel ini menjadi penginapan kami untuk 3 malam disini. Untuk review penuh hotel, nanti kami akan buatkan satu entri penuh.
2pm – Makan Tengah Hari di Restoran Kapal Selam yang terletak di Jalan Angkatan 45, Demang Lebar Daun.
Restoran Kapal Selam ini menyajikan makanan asli kuliner padang dan salah satu menu ‘wajib’ cuba disini adalah Pempek yang merupakan makanan khas Palembang. Ia diperbuat dari daging ikan dan tepung kanji. Masa disini, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis Pempek dan Nasi Assegaf.
3.30pm – Menuju ke Lamonde Palembang.
Lamonde ini merupakan pusat jualan oleh – oleh yang berbentuk makanan dan yang perlu anda cuba disini ialah kueh manis mereka atau biasa kita panggil kek.
5.00pm – Pulang ke Hotel untuk berehat. Kalau nak habiskan masa, boleh pusing – pusing sekitar Palembang tau.
7.00pm – Makan malam di Kedai 3 Nyonya.
9.00pm – Pulang ke Hotel dan rehat.
Hari Ke-2
7.30 a.m - Musi River Tour. Menyusuri sungai Musi menaiki bot sehingga jeti Batu Ampar.
Kemudian melawat makam bermula dengan Makam Sabokingking, Makam Ki Gede Ing Suro dan Kawah Terkurep.
Ketiga – tiga ini merupakan kompleks makam yang menyimpan pelbagai cerita bersangkutan dengan sejarah Palembang yang dahulunya terkenal dengan nama Palembang Darul Salam.
10 a.m – Menaiki bot untuk ke perkampungan arab Al- Munawar
11 a.m – Makan tengah hari di Warung Pindang Mbok War
Warung ini unikmya merupakan sebuah warung terapung dan terletak di Sungai Musi.
12 p.m – Melawat Kampung Kapitan
Kampung Kapitan merupakan kampung yang majoritinya dihuni oleh warga Tionghua dan didirikan pada tahun 1644.
2 p.m – Melawat Masjid Cheng Ho
Masjid Cheng Ho di Palembang ada ceritanya tersendiri iaitu ianya dibina bagi menandakan kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Palembang yang membawa ratusan mualaf bagi mengembangkan ajaran Islam.
3 p.m – Pulang Ke Hotel untuk Rehat.
6 p.m – Makan Malam di Martabak Har
9 p.m – Menuju Pesta Chap Go Meh @ Pulau Kemaro
Pulau Kemaro ini merupakan salah satu destinasi pelancongan di Palembang. Ia juga seperti destinasi lain memegang sejarah Palembang iaitu sebagai sebuah Pulau yang mempunyai peninggalan sejarah seperti Pagoda 9 Tingkat dan juga makam putri Palembang.
Hari Ke-3
9 a.m – Lawatan Ke Al Quran Al Akbar
Ini merupakan ikon pelancongan Palembang. Disini menempatkan ukiran kayu Al-Quran yang terbesar di dunia.
11 a.m – Rumah Limas Demang
Rumah Limas merupakan rumah tradisional Palembang dan ia mempunyai ciri binaan yang unik dan pada abad ke-19, rumah Limas ini dipunyai oleh para bangsawan.
Disini, anda juga boleh mengenakan pakaian adat palembang untuk kenang - kenangan.
1 p.m – Muzium Bala Putra Dewa
Menarik di muzium ini adalah ia mempunyai Rumah Limas asli yang terdapat dalam wang kertas bernilai Rp10,000 dan mempunyai banyak koleksi kraf dan artifak tradisional yang ditemui di Sumatra Selatan dari zaman pra-sejarah sehinggalah penjajahan Belanda.
3 p.m – Melawat Lawang Borotan
8 p.m – Dinner di Lenggok
10 p.m – Pasar Duren Kuto
Hari Ke-4
Terbang ke Kuala Lumpur
Nota Editor
Itinerary diatas adalah contoh yang boleh dijadikan guideline ketika mahu bercuti ke Palembang. Untuk nota, kami mengikuti FAMTrip yang dianjurkan oleh Tourism Palembang.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Tourism Palembang atas jemputan ke acara FAMTrip Musi & Beyond, Oriental Season Palembang 2020
Follow Akaun Rasmi Dinas Pariwisata Palembang Di : Website | Facebook | Instagram
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah