12 Tarikan Dan Aktiviti Menarik Di Toyama, Jepun

TARIKAN
April 01, 2019 - 01:06 PM


Bandar Toyama adalah bandar terbesar dan pusat bandar kepada Wilayah Toyama di Hokuriku. Selain dikenali sebagai pusat industri farmaseutikal, Toyama amat terkenal dengan tradisi dan seni pembuatan kaca (glass art).

Walaupun tidak selalu atau dikenali oleh pelancong, sebenarnya Toyama merupakan destinasi pilihan untuk aktiviti berski mahupun hiking di Japan Alps. Boleh dikatakan Toyama ini adalah tempat yang patut dituju untuk pencinta keindahan alam semulajadi.

Senang kata, semua dalam satu. Nak melawat istana ada, nak melawat muzium kaca pun boleh nak main salji dan adventure melakukan hiking di Tateyama – Kurobe Alpine Route pun boleh.

Berikut merupakan 12 tarikan menarik di Toyama, Jepun :

#1. Kurobe Dam

Kurobe Dam atau empangan Kurobe adalah struktur binaan konkrit berbentuk lengkungan terbesar di Jepun dan pembinaannya selesai pada tahun 1963. Sepanjang tahun, bekalan air bersih sentiasa dialirkan melalui empangan ini untuk pelbagai kemudahan termasuklan menjana tenaga hidroelektrik.

Pengunjung yang mahu kesini hanya dibenarkan melawat daripada bulan April sehingga November. Untuk ke sini, boleh menaiki bas dari stesyen bas Ougizawa dan turunlah di stesyen bas Kurobe Dam.

#2. Gokayama

Di kawasan Gokayama, adanya Ai No Kura Gassho Zukuri Shuraku, panjang sikit namanya tapi ia merujuk kepada struktur binaan rumah tradisional Jepun yang mempunyai bumbung yang curam. Menariknya, semua rumah ini adalah berpenghuni dan bukanlah replika.

Jika ingin mendapat atau merasai pengalaman berada di kawasan ‘perkampungan’ tradisional Jepun, disinilah tempatnya. Untuk kesini, perjalanan menaiki bas dari Johana Station, leboh kurang 25 minit dan turunlah di stesen bas Ainokuraguchi. Kena jalan sikit lah, dalam 3 minit.

Oh ye, waktu terbaik untuk ke sini dari 8.30 pagi hingga 5 petang.

 

#3. Tateyama Kurobe Alpine Route

Tateyama Kurobe Alpine Route ini boleh dikatakan sebagai ‘trek’ untuk menikmati pemandangan gunning salji yang menghubungkan antara stesyen Tateyama dan stesyen Fanazawa. Kiranya ia sebenarnya jalan dari Toyama dan Nagano.

Jalan di sini memang sukar nak dilalui oleh kenderaan disebabkan keadaannya yang curam dan licin.

Tapi ada beberapa jenis kenderaan macam keretapi, kereta kabel dan sebagainya.

 

#4. Amaharashi Beach

Di Utara Toyama, atau lebih spesifik di bandar Takaoka, ada sebuah pantai iaitu Pantai Amaharashi. Menariknya disini, pemandangan cantik Teluk Toyama dan Gunung Tateyama boleh dilihat pada waktu yang sama.

Untuk ke Pantai Amaharashi ini, perlu berjalan 5 minit dari Stesyen JR Amaharashi.

#5. Fugan Canal Water Park

Terletak 10 minit perjalanan dari pintu masuk Stesyen JR Toyama, terdapat satu taman yang dikenali sebagai Fugan Canal Water Park. Di sebelah petang, tempat ini akan diterangi dengan lampu-lampu dan ia menjanjikan satu atmosfera yang romantis.

#6. Unazuki Onsen

Unazuki Onsen merupakan perkampungan air panas yang terbesar di Toyama. Bukan setakat air panas, terdapat banyak hotel, kedai menjual cendera mata dan lain-lain dekat sini.

Kalau teringin nak merasa mandi kolam air panas di Jepun yang popular ni, korang perlu ke 260, Unazukionsen, Kurobe City.

#7. Toyama Black Ramen

Salah satu makanan eksklusif atau boleh dikatakan berasal dari Jepun adalah ramen. Kalau pernah makan raman hitam atau black ramen, Toyama adalah tempat asalnya! Cuma, pesannya berhati-hati dan cari yang halal, ada banyak restoran Muslim Friendly di Toyama.

 

#8. Kurobe Gorge Railway

Terletak di bahagian timur Toyama, Kurobe Gorge Railway ni akan melalui satu gaung atau canyon yang akan merentasi sungai Kurobe sepanjang 86 kilometer. Memang kalau ke sini, kita akan dijanjikan pemandangan panorama yang sangat cantik.

Dari Unazuki Station, perjalanan ke sini dalam 1 jam setengah. Cuma kena take note sikit yang ia akan ditutup sepanjang bulan Disember hingga April, ni dah nak bukak dah ni. Hehe.

 

#9. Shomyo Falls (Air Terjun Shomyo)

Pada tahun 1990, air terjun Shomyo ni adalah salah satu yang dipilih dalam “100 Japanese Waterfall Elections”. Bukan pilihanraya, tapi undian. Mempunyai ketinggian 350 meter, ia turut dikenali sebagai ‘Phantom Waterfall’. Sebabnya, ada air terjun kedua yang dipanggil Hanoki Falls yang Cuma akan terjadi sekiranya paras air tinggi.

Untuk ke sini, naik bas dari stesyen Tateyama, turun di Shomyo Daki – perjalananan bas dalam 15 minit, dari stesyen bas untuk ke air terjun ni lebih kurang 30 minit.

Waktu terbaik bermula April hingga pertengahan November.

 

#10. Murodo Daira

Murodo Daira ni merupakan ‘pertengahan’ kepada alpine route di Jepun dan ia merupakan kawasan tanah tinggi, kira-kira 2,450 meter dari paras laut. Kalau nakkan pengalaman atau disajikan dengan pemandangan yang cantik, sinilah tempatnya.

Selain itu, korang boleh ke Mikuri Dake Pond, alpine lake paling dalam di Japanise Alps. Menariknya, walaupun beriklim sejuk, korang boleh melawat tapak gunung berapi ye. Ada di Jigokudani.

Untuk ke sini, hanya 5 minit perjalanan dari Stesyen Murudo, dan ia dibuka April hingga November setiap tahun (bergantung kepada keadaan salji).

 

#11. Tonami Tulip Gallery

Galeri tulip atau boleh disebut sebagai muzium tulip. Disini, ada informasi pelbagai berkenaan bunga tulip. Menariknya, bunga tulip disini akan mekar pada keempat-empat musim dan terdapat sebuah anjung untuk korang menikmati pemandangan bunga tulup sahaja.

Untuk ke sini, ambil masa dalam 15 minit perjalanan dari Stesyen Tonami

 

#12. Glass Art Museum

Macam yang diceritakan awal tadi, Toyama ni terkenal dengan seni reka ukiran kaca. Jadi, tak lengkap kalau tidak ke muzium ini.

Di muzium ini, terdapat koleksi pelbagi seni kaca daripada seluruh dunia. Ada pameran tetap dan pameran tertentu dari masa ke semasa.

Antara seni kaca yang terdapat dalam muzium

Dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 6 petang; hari jumaat dan sabtu dibuka hingga jam 8 malam. Kena ingat, entry terakhir adalah 30 minit sebelum waktu tutup.

Harga tiket : 200 yen untuk pameran tetap, pameran dari masa ke semasa 700 hingga 1000 yen. (~RM7 – 36).

Nota Editor : Moga entri ni membantu korang yang nak ke Toyama nanti ye… =D

Feature Photo Credit : JW Web Megazine

Sumber : Website | FastJapan

JEPUN PERKENAL CUKAI SAYONARA

PERCUTIAN BAJET KE JEPUN RM250 SEHARI

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah