20 Tip Korang Boleh Baca Jika Bercuti di Pulau Jeju Korea Selatan

TARIKAN
April 10, 2019 - 12:23 PM


Jeju Island merupakan sebuah pulau yang terletak di negara Korea Selatan. Pulau ini terletak di antara tiga kawasan perairan iaitu Laut Kuning (Laut Barat) di barat, Laut China Timur di selatan dan Selat Korea di timur. 

Oleh kerana kedudukannya di tengah-tengah kawasan itu, maka pertikaian kadang-kala juga berlaku dalam kalangan negara berjiran Korea Selatan iaitu Jepun dan Republik Rakyat China sama ada dari segi ekonomi mahupun politik.

Sejak beberapa tahun lepas Pulau Jeju telah menjadi tumpuan pelancong. Destinasi pelancongan utamanya mempunyai cuaca sejuk, serta keindahan pemandangan pantai, air terjun, tebing dan gua.

Berikut kami kongsikan 20 tip yang korang boleh baca sebelum ke Pulau Jeju, Korea Selatan.

1. Beli tiket Air Asia, direct flight, lebih awal lebih murah, beli masa promo. Duration flight 6 jam.

2. Jeju ini istimewa, hanya 11 negara sahaja yang perlukan visa, so aku bawa bibik lah bagi dia peluang merasa bercuti.

3. Untuk anak ramai macam aku, aku book penginapan ikut AirBnb. 1 rumah 3 bilik dan punya dapur. Harga sekitar RM400-RM700 semalam, kalau book awal boleh dapat unit yang gempak-gempak lengkap dengan seaview.

4. Jeju ini besar 3 kali Singapore, so aku duduk 2 kawasan berbeza, 3 hari pertama duduk di kawasan Barat dan 3 hari terakhir di kawasan timur. Jadi senang nak explore Jeju dan jimat masa.

5. Aku sewa kereta dengan agen Malaysia di sana, google je sewa kereta jeju, berurusan dengan email, pantas cepat dan bayaran ikut online banking.

6. Untuk sewa kereta perlukan Lesen Antarabangsa, atau pun singkatannya IDP, pergi JPJ isi borang dan bayar RM150. Kalau tak ramai orang, 20 minit siap. Gambar size passport bawa 1 keping.

7. Masak sendiri, restoran Halal sangat-sangat kurang di sana. Beli barang dapur di Mart besar mereka lebih murah berbanding Dongmun Market yang popular tu.

8. Korea menggunakan matawang Won, 1000KRW lebih kurang RM3.80. 2 ekor sotong besar segar RM40.00, buat sotong kunyit sedap dan berbaloi.

9. Beli sabun samak jenama Taharah untuk sucikan peralatan memasak.

10. Beras bawa dari Malaysia, dekat sana beras bulat sticky rice, sekilo RM70, mana masuk dengan tekak Hang Jebat macam aku ni. Telur 10 biji RM13++.

11. Masak pagi-pagi dan bawa bekal, jimat masa dan jimat belanja, di Jeju kaki lima pun cantik, bersih, so parking je mana-mana untuk lunch dengan bekal yang siap dibawa.

12. Suhu paling tinggi di Jeju pada bulan Ogos, sekitar 27 C, sewaktu aku di sana adalah penghujung Autumn, dan nak masuk ke Winter. Sejuk betul, sunrise jam 7 pagi dan sunset jam 5 petang, so siang agak pendek.

13. Attraction untuk anak-anak, Brick Campus, Maze Park, Super Hero Museum, Hello Kitty Island, Shinhwa Themepark, Dinasour Themepark dan macam-macam lagi. Museum KPop pun hado.. nama dia Play Kpop, tapi aku tak pergilah.

14. Jeju tempat yang sangat cantik, bawalah camera, shoot banyak-banyak buat kenangan bersama anak-anak.

15. Di Jeju setiap 1-2 KM ada speedtrap camera, maksimum speed 70 sahaja. Kereta left hand drive. Jangan risau, mula-mula je kekok, lepas 1-2 jam dah ok melainkan kau pakai lesen terbang.

16. Barang runcit di Jeju memang agak sedikit mahal, bawang 3-4 biji RM10, tetapi masak lebih jimat, hari pertama aku makan sepinggan nasi beryani RM70++, portion kecil dan tak sedap. Jadi kami decide untuk masak sahaja sepanjang trip.

17. Untuk anak-anak bawalah bekalan ubat demam, selsema dan lain-lain. Kalau musim sejuk glove wajib, aku punya tangan kebas sebab sejuk.

18. Walaupun aku tiada plan terperinci, perjalanan kali ini Allah mudahkan, owner unit AirBnb banyak bantu bagi info, sebab itu aku suka guna AirBnb.

19. Di Jeju banyak ladang Tangerine, beli sedikit buat kudapan di dalam kereta, tiada biji, manis dan melancarkan sistem pencernaan.

20. Jeju ada musim salji, musim bunga, musim luruh, pilihlah musim mana nak pergi, ikut selera masing-masing, mat saleh kata, you can’t go wrong.

Sejujurnya, aku excited untuk repeat ke Jeju lagi, ada banyak tempat yang belum di explore. Aku harap korang juga berpeluang bermusafir ke sini. -Azli 

Tip lain yang korang boleh ikut:

1. Plan Sendiri

Sebabkan nak murah, plan itinerari sendiri. Tak perlu guna tourist guide, rajinkan baca blogblog orang. Serius banyak sangat boleh jimat kalau backpack.

2. Pengangkutan Better drive sendiri.

Pulau Jeju tersangatlah besar, jarak dari satu tempat ke satu tempat agak jauh. Company kereta yang murah dan recommended adalah AJ Car rental.

Murah yang amat. Tapi kena register as member dulu, log in dan boleh tgok harga-harga kereta diskaun smpai 65-70%. Haritu kami book kereta utk 4hari 3malam hanya 90 000 won (RM333+-).

3. Kereta Sewa AJ Car company is highly recommended.

Boleh book 2 bulan awal melalui website, sampai di airport ada kaunter AJ Car rental dan sta akan tolong untuk bagi direction ke tempat ambil kereta. Nanti akan naik free shuttle bus company ke tempat ambil kereta. Sampai di oce, baru sign semua agreement dan check kereta kalau ada apa-apa kerosakan. Proses sangat senang dan cepat. Dapat kereta Hyundai Avante baru sekali dgn GPS.

4. GPS

Kalau sewa kereta, GPS dia bahasa korea, tapi sound in english. So kalau nak pergi mana-mana kena masukkan no telefon tempat yang nak dituju. (Jot down siap-siap no telefon sebab agak susah nak dapat free wifi, hanya tempat-tempat tarikan sahaja ada free wifi) 

5. Penginapan Guesthouse Jeju.

Kami stay di Seogwipo, bandar ni terletak tengah-tengah Jeju, senang nak pergi samaada ke utara atau selatan Jeju. Nama guesthouse kami stay hari tu Kkodak Kkodak Guesthouse. Ada pantry untuk memasak dan free breakfast. Penginapan dekat Jeju bergantung kepada budget dan keselesaan, Range harga bermula dari semahal-mahal hotel 5 bintang hingga harga guesthouse.

6. Tempat-tempat Menarik di Jeju Island

Kebanyakan tempat di Jeju sangat sesuai untuk melihat keindahan alam. Kami tak pergi pun muzium dekat sana. Untuk entry fees memang murah berbanding tempat menarik di Seoul. Range harga 1000won-2500won seorang. Kalau teenager (sampai umur 24tahun) entry fees 1000won. Kalau adult (>25 y/o) harga 2000-2500won depends kepada tempat mana kita pergi. Tapi ada juga tempat menarik yang free je masuk.

7. Tempat wajib pergi di Jeju Island

Seongsan Illchulbong, Sepjikoji Lighthouse, Seogwipo Submarine, Cheonjeyon Waterfall, Cheonjiyeon Waterfall, Jusangjeolli Cli, Hallasan Mount, Yeongmoari Coast, Woljeongri Beach, Sanbangsan Mt.

8. Pakaian Sesuai

Kebanyakan tempat di Jeju kena banyak mendaki dan jalan jauh. Kalau warga tua nak ke sana mungkin penat dan tak larat naik gunung. Make sure ada kasut @ sneakers yang selesa.

9. Tempat Makan Halal di Jeju Island

Makanan halal susah nak jumpa di Jeju. Jangan lupa bawa Brahim dan sardin. Kalau siang hari, kami singgah di 7-Eleven panaskan lauk Brahim dengan microwave dan makan dekat situ. Nasi segera beli dekat 7E sahaja. Lauk sardin makan malam masak di guesthouse.

10. Cenderahati

Tak banyak tempat yang jual cenderamata dari Jeju. Kalau nak beli dekat Seongsan Illchulbong banyak pilihan dan harga agak murah.

11. Tempat Solat di Jeju

Dekat sana tempat-tempat tarikan pelancong memang tak ada surau. Carilah waktu dan ruang untuk solat sedaya mungkin (pernah solat di kaki lima 7E dan tepi walking trail).

- yoy.my

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah