5 Negara Asia Yang Boleh Anda Pergi Lepas Raya!
JALAN-JALANApril 27, 2022 - 05:10 AM
1. Singapura
Singapura telah kemaskini SOP baru untuk para pelancong. Anda yang telah lengkap status vaksinasi tidak perlu lagi memngambil ujian covid-19 untuk memasuki Singapura. Selain itu, peraturan dan larangan mengenai covid-19 juga telah dilonggarkan. Pemakaian pelitup muka hanya wajib ketika berada di ruangan indoor. Yang lebih memudahkan lagi, anda tidak perlu lagi menggunakan aplikasi TraceTogether untuk check-in (kecuali di acara besar yang lebih 500 orang). So tunggu apa lagi? jom bercuti di negara jiran kita!
2. Indonesia
Mesti ramai yang rindukan percutian di Indonesia kan? Mana tidaknya terdapat banyak pantai yang indah, kaya dengan seni dan budaya, port nature yang memukau dan bermacam lagi! Tambahan lagi, anda tidak perlu lagi kuarantin sebaik tiba di sana. Namun, anda perlu menyediakan keputusan ujian covid-19 dalam tempoh dua hari sebelum berangkat, insuran covid-19, lengkapkan tempahan hotel minimum untuk 4 hari di mana mana hotel yang diiktiraf CHSE dan muat turun aplikasi PeduliLindungi dan Karantina Presisi di telefon bimbit anda.
3. Thailand
Sawadikap! Ha lama tak dengar kan? Thailand yang memang cukup terkenal dan menjadi pilihan para pelancong kerana keindahan pantainya dan juga pilihan makanan halal! Yang rindukan Phuket atau Krabi dah boleh plan dah trip anda! Yang lagi best anda dah tak perlu lagi kuarantin sebaik tiba di sana. Mereka yang lengkap status vaksinasi tidak perlu lagi menjalani ujian covid-19 ketika ketibaan. Anda cuma perlu mendaftar diri untuk pas masuk melalui Thailand Pass dan sediakan sijil lengkap vaksinasi anda!
4. Maldives
Antara lokasi yang menjadi idaman ramai pasangan! Sudah semestinya Maldives. Terkenal dengan pasir putih pantainya, air laut yang crystal clear! Sesuai juga untuk anda yang suka bercuti di pulau! Anda tidak perlu lagi kuarantin ataupun keputusan negatif ujian covid-19. Anda cuma perlu mengisi borang deklarasi kesihatan di sini.
5. Korea Selatan
Anyeonghaseyo! Anda yang rindukan Korea Selatan sememangnya wajar untuk kembali melancong di sini. Anda tidak perlu lagi kuarantin. Tetapi anda perlu mematuhi beberapa prosedur antaranya membuat ujian covid-19 dalam tempoh 2 hari sebelum berangkat, satu ujian PCR sebaik tiba sana, menggunakan K-ETA (alat khas buat pelancong tanpa visa) dan juga dapatkan Q-code setelah anda dapat ujian keputusan pcr sebelum berangkat. Dengan patuhi semua arahan ini, anda akan dikecualikan dari kuarantin! Selain itu anda perlu lakukan ujian covid-19 ART pada hari keenam anda berada di sana. So bawak test kit sesiap okay!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah