6 Lokasi Untuk Tengok 'Shooting Stars' Dalam Malaysia

JALAN-JALAN
March 13, 2018 - 11:33 AM


Baru-baru ni semasa aku buat aktiviti night walk di Sandakan aku di hidangkan dengan hamparan langit malam yang begitu tenang dan cerah. Semua bintang-bintang dapat di lihat. Langit malam itu sangat "clear" memang susah nak jumpa di KL langit macam ni. Bukan susahlah tapi memang tak kan dapat. 

Apakah tahi bintang atau 'meteor shower'? Hujan meteor terjadi apabila sisa hablur yang 'ditinggalkan' komet atau asteroid masuk ke ruang udara bumi.

Sisa hablur ini lazimnya batu-batan angkasa lepas dikenali sebagai 'meteoroids'. Apabila ia jatuh ke arah bumi, haba terhasil menyebabkan ia panas. Cahaya terang yang kita lihat adalah disebabkan udara panas di belakang batu yang terbakar itu. Jika banyak 'tahi bintang', ia dikenali sebagai 'meteor shower'

Hujan tahi bintang Perseid (salah satu 'jenis' yang hanya berlaku sekitar Ogos setiap tahun) atau 'Shooting Stars' boleh dilihat (dengan mata kasar) di mana saja di negara kita, asalkan tempatnya gelap.

1) Tanjung Simpang Mengayau

Terletak di bahagian paling utara Kepulauan Borneo, di daerah Kudat, Sabah. Lokasinya sangat menakjubkan pada waktu malam kerana selalunya, langit tak berawan. Pantainya juga gelap dan sesuai untuk melihat tahi bintang

2) Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson

Perkampungan nelayan ini terletak tak jauh dari resort Lexis Hibiscus. Peminat tahi bintang boleh 'menunggu' di jeti kayu atau jeti konkrit yang menganjur ke laut. Ia sentiasa penuh pada hujung minggu, namun sesuai dan selamat untuk mereka yang ingin menyaksikan bintang di langit

3) Cameron Highlands

Lokasi sesuai untuk melihat tahi bintang kerana kurangnya pencemaran udara. Tempat paling strategik adalah jalan yang menghala ke Estet Boh Tea. Kalau nak tengok tahi bintang, boleh parkir kereta di tepi jalan dan melihat ke arah langit kawasan lembah.

4) Pantai Malindo, Penang

Perkampungan nelayan ini terletak di kuala Sungai Burong. Agak sukar untuk sampai ke sini (ikut jalan bertar), jadi pastikan dulu lokasinya dengan tepat. Di sebelah kiri Jalan Bharu adalah masjid Sungai Burong manakala klinik kerajaan di sebelah kanan. Sebaik melintas masjid, masuk ke lorong sebelah kiri dan anda akan sam,pai ke sebelah pantai.

5) Pulau Tioman, Mersing

Lokasi popular bagi peminat tahi bintang. Banyak kafe dan motel penduduk tempatan di Kampung Lalang dan Kampung Genting. Malah, sewa penginapan dan makanan juga agak berpatutan. Bertumpulah ke pantai untuk menunggu dan melihat hujan tahi bintang.

6) Kuala Selangor, Selangor

Pantai Remis dan Pantai Redang Sekinchan yang berdekatan dengan Kuala Selangor merupakan 2 lokasi berhampiran Lembah Klang. Dari Petaling Jaya menuju ke Pantai Remis memakan masa lebih kurang sejam sementara Pantai Redang sekitar 90 minit. Kedua-dua lokasi ini sunyi dan gelap pada waktu malam, dan boleh dijejaki dengan kereta.

Kalau nak tengok tahi bintang, tempatnya kenalah sunyi dan gelap, jadi berwaspada jika ada binatang liar atau manusia berniat serong. Sebaiknya, pergilah berkumpulan (sila lihat www.met.gov.my) dan bawa senjata jika perlu.

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah