6 Negara Paling Sesuai Untuk Hilangkan Diri Terutama Buat Traveler Solo
TRAVELAugust 13, 2018 - 04:55 PM
Travel secara solo ni bukan suatu yang mudah. Hanya mereka yang betul-betul kental sahaja boleh survive lebih-lebih lagi dalam jangka masa yang panjang. Sebab itu sebelum nak travel secara solo sila baca dulu tip travel solo ini.
Dah baca? Ok cun. Sekarang kita boleh proceed dengan negara-negara yang sesuai untuk traveller solo pergi. Cadangan ini based on pengalaman aku sendiri travel secara solo. Sepanjang aku travel, aku nampak 6 negara ini sangat berpotensi untuk di jadikan destinasi untuk travel sendirian.
1. Ireland
Kenapa Ireland? bagi aku Ireland adalah salah satu negara yang tenang dan sesuai untuk hidup sendiri. Dari segi living cost aku rasa masih boleh bertahan untuk sebulan dua. Transport pun should not be a problem sebab kat sana public transport senang.
2. London, UK
Pilihan pertama aku mungkin London. Tapi dengan kos sara hidup kat sana yang agak tinggi aku beralih kepada Ireland. Actually London kalau pandai bajet pun boleh je survive untuk 2 bulan. Harga bilik kalau nak sewa pun dalam RM1,200 sebulan boleh dapat.
3. Lombok, Indonesia
Untuk bajet yang kecil, aku mungkin akan ambil keputusan ke Lombok sahaja. Berada di kawasan pantai atau pulau boleh memberi terapi buat minda untuk hilangkan segala kekusutan di jiwa. Lagipun Lombok cantik juga. Sewa murah, makan murah, makanan halal pun senang cari.
Tapi dengan keaadaan di Lombok yang tengah bergelora dengan gempa bumi mungkin buat masa sekarang ianya bukan satu pilihan yang bijak untuk aku hilangkan diri ke sana. Atau mungkin juga kalau aku ke sana aku akan hilang terus dari muka bumi ini?
Haha…we will see..
Al-Fatihah buat mereka yang terkorban akibat gempa bumi Lombok.
4. New Zealand
NZ juga salah satu negara yang mungkin aku akan pergi. Negara ini agak tenang juga. Tapi makanan halal agak mencabar nak cari kalau korang jenis tekak melayu macam aku. If you willing to be vegetarian boleh lah ke sana.
Living cost juga agak mahal, dengan bajet yang aku ada sekarang aku boleh bertahan dalam masa sebulan sahaja kat sana. Tapi mungkin aku akan ke NZ dalam seminggu then terus ke Fiji or negara-negara kepulauan di sana. Mungkin juga Vanuatu, Cook Island, Tuvalu, Nauru.
5. Scotland
Aku penah ke Scotland before, and i fall in love with Edinburgh but living cost in Edinburgh is too expensive la. Maybe boleh try Glasgow kot. Glasgow still macam kampung tapi ada macam-macam kemudahan. Kos sara hidup kat Glasgow pun lebih rendah dari Edinburgh. Cuma nak hidup sorang di Glasgow agak boring sikit. Melainkan korang ada aktiviti boleh di buat.
5. Thailand
Negara jiran ni juga salah satu tempat yang sesuai untuk hilangkan diri. Malah ianya antara tempat yang popular bagi traveler solo habiskan masa yang panjang. Kebiasaanya mereka dari Eropah sangat suka habiskan masa kat Thailand.
Makanan pun aku rasa tak susah nak cari. Living cost pun lebih kurang sahaja dengan Malaysia. Budaya dan gaya hidup pun tak jauh beza. Cuaca pun sama. Tapi nak hilangkan diri kat Thailand macam dekat sangat, orang nak cari ko nanti senang. Ataupun incase ada kecemasan boleh je nak balik terus.
******
Tip ini untuk hilangkan diri atau travel sendirian untuk sebulan dua sahaja ya. Jangan duk jadi immigrant kat sana pulak. Kalau nak stay sana sila ikut cara yang betul untuk elakkan susah di kemudian hari.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah