Akuarium Interaktif Dipenuhi 13,000 Hidupan Laut
JALAN-JALANTaman Tema Antarabangsa yang pertama di Malaysia, Legoland Malaysia Resort memperkenalkan tarikan baharu iaitu "SEA LIFE Malaysia" yang juga pusat perlindungan hidupan laut pertama di negara ini berkonsepkan akuarium interaktif beserta dengan elemen Lego yang unik.
Pengurus Besarnya, Kurt Stocks berkata akuarium interaktif yang dipenuhi 13,000 hidupan laut terdiri daripada 120 spesies dan 11 zon habitat berbeza dipersembahkan dalam persekitaran selamat, menyeronokkan dan bercirikan pendidikan.
Antara hidupan laut yang dipamerkan dalam 25 akuarium adalah ikan pari, yu kuda belang dan kuda laut.
Selain menyaksikan hidupan laut yang unik, pengunjung berpeluang menikmati sesi penceritaan, melihat zon habitat istimewa iaitu Malaysian Rainforest, Stingray Bay dan Ocean Tunnel.
Ocean Tunnel adalah tangki air terbesar yang dipenuhi 400,000 liter air menjanjikan pengalaman interaktif dan menghiburkan apabila pengunjung akan diperkenalkan dengan hidupan laut dan pemuliharaannya.
Lebih menarik bersempena pembukaan SEA LIFE Malaysia ini juga, pihak Legoland menawarkan kepada pemegang MyKad untuk mendapatkan satu pas tahunan pada harga tiket sehari.
Menerusi pas tahunan baru itu, rakyat Malaysia boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema LEGOLAND dan Taman Air, selain akses percuma ke SEA LIFE Malaysia!
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari Legoland Malaysia Resort.
Sumber: Harian Metro
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah