Galeri Seni Lin Xiang Xiong Mercu Tanda Baharu Pulau Pinang, Siap 2022!

JALAN-JALAN
July 03, 2019 - 01:33 PM


Pulau Pinang bakal memiliki satu lagi mercu tanda pelancongan baharu dengan siapnya bangunan ‘Galeri Seni Lin Xiang Xiong’ pada tahun 2022.

Menariknya, bangunan setinggi 7 tingkat itu mempunyai rekaan seni bina yang unik seakan-akan menyerupai bentuk seekor penyu! Wow, cantiknya!

Galeri seni tersebut bina khas untuk menjadi jambatan penghubung kepada usaha memupuk lebih banyak kolaborasi seni dalam kalangan komuniti itu di seluruh dunia.

Mula dibina sejak Disember 2018, ia dijangka menarik kunjungan ramai pelancong khususnya daripada kalangan penggemar seni dari serata dunia, sekaligus mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hub seni dan budaya.

Galeri yang berkeluasan 88,000 kaki persegi itu dibina di kawasan berhampiran The Light Waterfront Penang, di Gelugor bagi menggambarkan signifikan seolah-olah seekor penyu mendekati pantai.

Bangunan yang dibina di atas tanah seluas 0.36 hektar itu turut akan menempatkan Pusat Pendidikan Unesco di tingkat bawah dan juga ruang untuk pameran hasil seni dari serata dunia.

Projek ini menampilkan kerjasama antara artis ternama Lin Xiang Xiong dan IJM’s Jelutong Development Sdn Bhd.

Gambar Hiasan

Dengan tarikan terbaharu itu juga Kerajaan Negeri menjangkakan kunjungan pelancong tempatan akan naik secara mendadak tidak lama lagi, seiiring dengan terlaksananya penerbangan sulung Melaka-Pulau Pinang oleh AirAsia bermula 1 Julai lalu.

Dengan penerbangan terus antara dua negeri itu tempoh perjalanan menjadi lebih singkat, sekaligus memberi lebih banyak masa kepada pelancong untuk menjelajah dan melawat pelbagai tarikan pelancongan di dua bandaraya yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

Sumber: Bernama

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah