Gempaklah! 'River Of Life' KL Tersenarai Antara 10 Waterfront Terbaik Dunia
JALAN-JALANSiapa sangka projek pemulihan sungai bandar yang pada awalnya untuk mengubah wajah dan imej tebing Sungai Klang di tengah-tengah ibu kota, berjaya meletakkan Malaysia tersenarai sebagai 10 waterfront terbaik dunia oleh sebuah portal berita United Kingdom iaitu Independent.
Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) berhasil mengangkat status Kuala Lumpur setaraf dengan bandar raya terkemuka seperti Tokyo, Berlin, Florida dan New York yang mempunyai waterfront indah serta menjadi tarikan pelancongan negara berkenaan.
Terkenal dengan jolokan ‘Kolam Biru’, RoL memberi peluang kepada pengunjung dalam dan luar negara menikmati pemandangan menakjubkan dengan pertukaran air sungai berwarna coklat pada waktu pagi serta berwarna biru pada waktu malam ditambah efek kabus dengan penggunaan teknologi baharu.
Ia juga sangat sesuai dijadikan port lepak dan bersantai bersama keluarga serta rakan-rakan terutama pada waktu malam kerana turut dilengkapi dengan deretan kafe tepi sungai, air pancut berteknologi tinggi dan laluan basikal.
Projek RoL yang mula dilaksanakan pada 2011 terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pengkomersialan serta pelancongan.
Reka bentuk modennya dengan di sekeliling dihiasi tanaman landskap yang indah dan terjaga rapi, tak hairanlah RoL mampu muncul antara waterfront terbaik di dunia.
Berikut nama-nama waterfront terbaik yang turut tersenarai:-
Shibuya Stream, Tokyo, Jepun
Holzmarkt, Berlin, Jerman
Tampa Riverwalk, Florida, Amerika Syarikat
Seaport District, New York, Amerika Syarikat
Elizabeth Quay, Perth, Australia
Clarke Quay, Singapura
Charoen Krung, Bangkok, Thailand
Sugar Beach, Toronto, Kanada
Victoria Dockside, Hong Kong
Sumber: Independent
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah