Habis COVID-19, Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Travel Ke UK & Sepanyol. Tempahan Kaw-Kaw Awal Tahun Depan!

JALAN-JALAN
April 07, 2020 - 01:23 PM


Akibat wabak pandemik COVID-19, boleh dikatakan industri pelancongan di seluruh dunia lumpuh dan menerima kesan yang paling teruk.

Ini kerana rata-rata negara seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri telah menyekat kemasukan pelancong asing dan menguatkuasakan larangan penerbangan masuk antarabangsa dari negara masing-masing.

Bagaimanapun, satu analisis yang dilaporkan oleh Dailymail menunjukkan isyarat positif bagi industri pelancongan dunia bakal berlaku menjelang Januari 2021.

Sejak 14 hari lalu, sebanyak 229 peratus tempahan penerbangan telah meningkat untuk perjalanan ke United Kingdom dan 171 peratus ke Sepanyol.

Tempahan yang dibuat itu antaranya datang dari Timur Tengah, Eropah Timur dan Barat serta Amerika Utara yang menunjukkan minat melancong ke United Kingdom (UK) bermula hujung tahun ini.

Pelancong dari Eropah dan Timur telah menunjukkan peningkatan 8 hingga 9 peratus sejak minggu lalu berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala pelancong dari Asia pesimis untuk melancong ke UK.

 

Firma Sojern (Pemasaran Pelancongan) memberitahu, analisis terhadap pengguna memberi perancangan yang munasabah dengan situasi yang berlaku sekarang dan tidak terkejut apabila penerbangan seluruh global ke Eropah telah dibatalkan.

Ia menyaksikan 94 peratus tempahan ke Itali telah dibatalkan sejak minggu lalu. 

Sehingga kini, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Itali mencatat 128,948 kes dengan 15,887 kematian, UK 47,806 kes melibatkan 4,934 kematian manakala Sepanyol 131,646 kes dan maut 12,641 orang.

Sumber: Mstar

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah