Anda Pasti Tak Percaya Inilah Rupa Sebenar Hotel 3 Bintang di Shah Alam. Agak Menakutkan

HOTEL
July 24, 2017 - 09:28 AM


Baru-baru ni ada ternampak salah seorang rakan travel blogger (Abang Fadli) memuat naik gambar hotel yang di sewa untuk satu malam di sekitar Shah Alam. Hotel yang di sangkakan 3 bintang itu rupanya belum cukup layak untuk di gelar hotel tiga bintang. Usahkan 3 bagi aku 1 pun belum tentu layak.

Faktor keselamatan adalah antara faktor penting dalam pengurusan sesebuah hotel kerana kita bukan sahaja deal dengan keselesaan penyewa malah dengan keselamatan penghuni.

Mohon pihak berkenaan ketatkan syarat-syarat untuk kelulusan seebuah hotel. 

Bertambah hairan dari review oleh laman-laman web malaysia agak memeranjatkan. Adakah di bayar? Atau yang tinggalkan review itu betul-betul penghuni dari kalangan manusia. Ke memang jin yang tinggalkan review?

Menurut blogger berkenaan, apabila dirujuk kepada laman web tempahan hotel, kebanyakan mereka mengklasifikasikan hotel tersebut antara 2 hingga 4 bintang seperti berikut:

  • Booking (4Stars Hotel with 5.3/10rating)
  • Traveloka (3Stars with 6.5/10rating)
  • Agoda (2Stars with 6.3/10 rating)
  • Trivago (3Starts with 63/100rating)
  • Expedia (3.5Stars with 38/100rating)

Jom layan beberapa keping gambar yang di kongsi kan.

Lantai Lif 3D, jika dipijak, kelihatan Tile nya bergerak-gerak. Sangat teruja dengan kecanggihan lantai ini
Setelah keluar dari lif, disambut dengan hiasan siling yang sangat menarik.
Litar-litar elektrik juga dipaparkan secara kreatif
Boleh lihat secara dekat. Sebagai cadangan, wayar wayar tu boleh lagi dikemaskan dengan corak anyaman

Pemadam api juga digunakan teknologi yang terkini iaitu pemadam api lutsinar. Saya berasa sungguh selamat.
Bilik yang tidak menggunakan tombol pintu. Mungkin menggunakan imbasan retina atau suara?
Tombol pintu yang kreatif.
Melalui tingkap bilik, boleh melihat permadangan yang indah.Caption
Suis yang menawan
Lampu bilik pun meriah.
TV yang sangat mengikut arus kemodenan.
Suis elektrik yang sangat selamat.
Tempat alas barangan tandas yang lutsinar dan unik
Besi langsir tandas yang sangat bersinar. Mungkin tertakhtakan tembaga
Bilik tidur. Lihat lampu meja? Sangat unik
Wallpaper bilik tandas yang season dan very hipster
Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah