Hotel & Restoran Di Yogyakarta Kembali Beroperasi Jun Ini
JALAN-JALANMay 13, 2020 - 12:38 PM
Bermula Jun ini, nampaknya semua operasi perhotelan dan restoran di destinasi pelancongan popular Indonesia iaitu Yogyakarta telah mendapat lampu hijau untuk menerima semula tetamu.
Bagaimanapun, protokol kesihatan yang ketat masih lagi perlu dilakukan sebagai normal baharu kepada semua tetamu seperti mengehadkan jumlah pelawat, membataskan penggunaan bilik hotel agar berjarak dan tidak semua bilik boleh disewakan kepada tetamu agar usaha pencegahan jangkitan virus boleh dilakukan.
Selain itu, pihak hotel dan restoran juga diwajibkan untuk memeriksa suhu badan tetamu menggunakan alat pengimbas suhu serta menyediakan cecair pembasmi kuman selain menasihati mereka agar sentiasa mengenakan topeng hidung dan mulut sepanjang masa.
Sejak Mac lalu, destinasi pelancongan Yogyakarta yang terkenal dengan Pantai Malioboro dan Candi Borobudur lumpuh selepas hotel serta restoran terpaksa ditutup akibat penularan pandemik COVID-19.
Namun, selepas pihak berkuasa memberi sedikit kelonggaran kepada Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dilaksanakan di kota pelancongan itu -- semua pengendali hotel dan restoran dibenarkan untuk beroperasi semula bagi memulihkan pendapatan mereka serta ekonomi Yogyakarta yang terjejas teruk.
Sehingga akhir April lalu, daripada 400 hotel yang berdaftar di Yogyakarta hanya sekitar 30 hotel sahaja yang masih beroperasi dan berjaya menempuhi cabaran getir di saat krisis pandemik yang menyerang seluruh dunia.
Sumber: Tempo.co
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah