Istana Unik Dihiasi 99 Tiang & Dibina Tanpa Gunakan Paku

JALAN-JALAN
August 02, 2019 - 12:06 PM


Setelah ditutup sementara lebih 4 tahun, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan bakal dibuka semula menjelang 1 September ini.

Bagaimanapun, orang ramai sudah boleh mengunjungi kawasan perkarangan muzium tersebut mulai esok (Sabtu).

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti setinggi 4 tingkat itu yang diperbuat daripada kayu, mempunyai 99 tiang termasuk empat tiang seri.

Uniknya istana lama yang dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 itu adalah ia tidak menggunakan sebarang paku besi dalam pembinaannya.

Namun, muzium tersebut terpaksa ditutup pada Januari 2015 setelah kontraktor mengesan beberapa kerosakan pada empat tiang seri di istana lama itu yang berusia lebih 100 tahun, berpunca daripada faktor cuaca.



Kerosakan pada tiang seri itu mula dikesan ketika kerja pemuliharaan fasa pertama yang dimulakan pada tahun 2014 iaitu membaik pulih muzium, dan sebaik sahaja kerajaan negeri mengetahui mengenai masalah itu, muzium itu ditutup untuk keselamatan.



Projek pemuliharaan dan naik taraf muzium yang bermula pada 25 November 2016 dan siap pada 23 Mac lepas itu, melibatkan kos RM4.5 juta yang dibiayai menerusi peruntukan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Selepas segala kerja-kerja susun atur dan kemas kini ruang pameran serta galeri muzium disiapkan, ia akan dibuka sepenuhnya untuk kunjungan pelancong tempatan dan luar negara.

Sumber: Bernama

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah