Itenerary ‘Tawan Bromo’ Dalam 8 Jam – Naik 3 Pagi, Pukul 11 Dah Selesai!
ITINERARYJune 10, 2019 - 04:50 PM
Gunung Bromo, atau dipanggil Bromo merupakan puncak ‘idaman’ para pendaki dan menjadi satu destinasi ‘wajib’ dalam list pendaki atau kaki hiking di seluruh dunia. Gunung yang terletak di Jawa Timur ini merupakan salah sebuah gunung berapi yang aktif dan terletak di Bromo Tengger Semeru National Park.
Gunung Bromo boleh dikatakan kawasan yang sering dikunjungi oleh pelancong yang ke kawasan Jawa Timur. Kali terakhir meledak pada 2016, ketinggian gunung ini adalah 2,329 meter dan merupakan yang paling rendah dalam kalangan ‘geng’ gunung yang popular di Indonesia seperti Merapi (2930m), Semeru (3676m) dan Rinjani (3726m).
Kebiasaannya, kalau nak ke Bromo, perlu sewa jeep dan perjalanan mengambil amsa kurang lebih 2 hingga 3 jam dari Malang. Memang mendakian ke atas agak menyiksakan, tapi memang pemandangan dia boleh meruntum jiwa.
Ikut itinerary untuk ‘panjat’ Bromo ini kalau korang ada keinginan nak dapatkan view dan timing yang terbaik :
3:30 – 6:00 pagi
Kalau korang pertama kali, tanyalah kawan-kawan yang pernah naik atau dapatkan guide untuk korang dapatkan ‘timing’ terbaik untuk tengok matahari terbit. Ini merupakan salah satu sebab kenapa Bromo sangat terkenal.
Ada beberapa spot untuk dapatkan view menarik. Korang jangan ingat suhu dia macam dekat Genting, bawak baju tebal, scarf dan topi dengan penutup telinga, sarung tangan pun kena ada. Tak tahan sejuk kat atas tu!
Ada tiga lokasi yang korang boleh tuju; Penanjakan, Bukit Kingkong atau Bukit Mentigen. Paling cantik dan paling tinggi semestinya di Penanjakan
6:00 – 7:00 pagi
Lepas korang ‘jamu mata’ dengan pemandangan sunrise tu, korang boleh teruskan perjalanan ke Bukit Cinta dan Widodaren. Untuk ke Bukit Cinta dari Bukit Kingkong tadi tak jauh mana, cantiknya view dekat sini sebab korang boleh nampak 4 gunung serangkai iaitu Bromo, Batok , Widodaren dan Semeru.
Dekat sini jugak katanya sangat instagramable!
Lepas Bukit Cinta, korang boleh berjalan lagi ke Widodaren atau dikenali sebagai Lembah Dinasaurus! Dari sini, korang boleh tengok keindahan ciptaan yang Esa. Bukit bukau dan gunung yang mengelilingi Gunung Bromo.
Selain itu, disini juga adanya sebya gua yang menjadi tempat ibadah masyarakat Tengger.
7:00 pagi – 9:00 pagi
Tak lengkap rasanya kalau korang ke Bromo tanpa menjejakkan kaki ke kawasan kawah Gunung Bromo ini.
Selain itu, boleh jugak tengok Pura Luhur Poten 2 yang mana 2 tempat ni, menjanjikan banyak spot untuk korang bergambar kenang-kenangan.
Jangan risau, pendakian/penurunan sini menggunakan anak tangga. Tapi, memang ‘bercinta’ lah. Cuma, sila berhati-hati dan jangan terlalu dekat dengan kawah Bromo ye. Bawak topeng dan cermin mata jugak. Macam kitorang cakap, Bromo ni antara gunung yang aktif, jadi sentiasa ada abu dan gas yang akan dibebaskan.
PILIHAN EDITOR :
- 3 Gunung Berapi Aktif Yang Korang Boleh Panjat Di Asia
- Panduan Dan Tempat Menarik di Gunung Bromo Indonesia
9:00 pagi – 10:00 pagi
Pukul 9 ke atas ni, matahari dah mula naik. Jadi adalah baiknya kalau korang pun mula turun perlahan-lahan. Sambil tu, singgah dekat kawasaan Pasir Berbisik dan Bukit Telettubies.
Dua tempat ni memang jarang orang yang ke Bromo tak singgah.
Kalau nak diikutkan, Pasir Berbisik ni terletak di kawasan timur Kaki Gunung Bromo dan namanya Pasir Berbisik adalah sebab… ianya merupakan padang pasir yang luas dan ada sebuah filem berjudul ‘Pasir Berbisik’ yang dirakamkan disini. Langsung melekatlah nama tersebut.
Sebenarnya, nama tu katanya jadi terkenal sebab movie tu je. Sebelum itu pun orang memang panggil tempat ini sebagai pasir berbisik. Sebabnya bila angin kuat bertiup, pasir dan batu disana akan terbang dan seolah-olah ‘berbisik’ menghasilkan bunyi.
Dari Pasir Berbisik, korang tuju ke arah selatan lebih kurang 15 minit dan akan nampak Bukit Telletubies. Memang korang akan merasa besar ciptaan-Nya dekat sini. Iyelah, dari padang pasir, ke tanah yang hijau sehijau-hijaunya dengan tumbuh-tumbuhan.
10:00 pagi – 11:00 pagi
Dah penat daki Bromo, singgahlah sekejap dekat Air Terjun Coban Pelangi. Suasana alam dekat sini memang mendamaikan, udara sangat menyegarkan. Hilang penat naik Bromo tau!
Kalau nak diikutkan, kawasan air terjun ni terletak satu jalan menuju ke Bromo, Cuma korang kena berjalan sikit dalam 15 minit untuk sampai ke kawasan air terjun.
Maka, selesailah penjelajahan Bromo engkorang. Ini sebenarnya lebih kepada rujukan atau guide. Kalau ada aktiviti yang korang nak skip atau nak habiskan masa lebih, tiada masalah. Mungkin kalau korang ada stamina, boleh ‘pergi’ lagi cepat. Siapa tahu.
Kalau nak cuba, boleh try amik pakej di Traveloka. Tak sampai RM120 pun!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah